WP Kuala Lumpur

30 Jentera PAS Wangsa Maju Sertai Gerak Kerja PRN DUN Ampangan

oleh : Abdul Fateh

Ampangan, 25 Julai – Seramai 30 anggota jentera PAS Wangsa Maju telah tiba di DUN Ampangan bagi menyertai gerak kerja membantu kempen pilihan raya, sekali gus memperkukuhkan usaha lapangan bersama jentera Perikatan Nasional.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat (JPRP) PAS Wangsa Maju, Haji Rahim Sulaiman, berkata jentera Pemuda PAS Wangsa Maju akan mula berkampung di DUN Ampangan bermula esok bagi melaksanakan pelbagai gerak kerja lapangan, termasuk ziarah pengundi, edaran bahan kempen serta aktiviti penerangan.

“Kehadiran jentera dari PAS Wangsa Maju merupakan manifestasi semangat kebersamaan dan komitmen tinggi dalam memastikan gerak kerja pilihan raya berjalan dengan tersusun serta berkesan,” katanya.

Turut hadir mengiringi rombongan ialah Yang Dipertua PAS Wangsa Maju, Ustaz Abdul Rani Mohamed Daud, yang menyampaikan amanat kepada para petugas sebelum mereka memulakan tugasan.

Beliau menegaskan bahawa setiap anggota jentera perlu melaksanakan amanah dengan penuh disiplin, keikhlasan dan semangat ukhuwah.

“Kita hadir bukan sekadar untuk berkempen, tetapi membawa mesej perjuangan yang berteraskan integriti, kebajikan dan penyatuan ummah. Saya berharap seluruh jentera PAS Wangsa Maju menjaga adab, memperkukuhkan kerjasama serta memberikan komitmen terbaik sepanjang berada di DUN Ampangan demi memastikan kemenangan yang diredai Allah SWT,” kata Ustaz Abdul Rani.

PAS Wangsa Maju turut mendoakan agar seluruh gerak kerja yang dilaksanakan dipermudahkan serta membuahkan hasil yang terbaik demi kejayaan perjuangan Islam dan kesejahteraan rakyat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️