NegeriTerengganu

Berdakwah Seperti Pengail

Oleh : Dzakaria Mohd Salleh Foto : Hidayah Azlin

SETIU – Pendekatan yang lebih terbuka tanpa meninggalkan konsep sebagai seorang pendakwah adalah umpama  seorang ‘pengail’.

Oleh itu, Yang DiPertua (YDP) PAS Kawasan, Ustaz Shaharizukirnain Abd Kadir berkata, Ameerah Kawasan Setiu diharap dapat menarik sokongan beliawanis dengan konsep dakwah yang berterusan, sehingga mencapai matlamat.

“Ibarat kita hendak memancing ikanlah, jangan kita fikir ikan apa kita suka makan, tetapi kena fikir apa yang ikan suka makan, ” ujarnya ketika berucap di majlis Jasamu DiKenang kepada Ahli Jawatan Kuasa Ameerah di Telaga Papan, di sini pada 16 Mac.

Tegasnya lagi syariat perlu dijaga dalam menarik golongan muda disamping tidak meninggalkan usaha untuk mentarbiyyah mereka dengan cara yang berhikmah.

“Jangan bercanggah dengan syariat dalam mendekati anak muda ini, kita tidak mahu dari tutup aurat molek jadi kendur kerana alasan untuk tarik mereka.

” Sikap pendakwah jangan terlalu menekan sangat, selagi tidak pakai jilbab besar tidak boleh masuk Ameerah. Biar dulu maghi pakai seluar jeans ataupun Tshirt, biar dulu.

“Insha-Allah lambat laun mereka akan berubah suatu masa nanti, ” sarannya yang juga Ahli Parlimen Setiu.

Shahrizukirnain juga berharap agar dipelbagaikan majlis terutama yang melibatkan program santai untuk menarik golongan muda terutama dikalangan orang UMNO dengan situasi politik terkini yang menyaksikan mereka sudah tidak sekeras dahulu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️