WP Kuala Lumpur

Muslimat PAS Wangsa Maju Perkasa Gerak Gempur Pengundi DUN Ampangan

Oleh : Abdul Fateh

Ampangan, 27 Julai– Muslimat PAS Wangsa Maju terus memperkukuhkan gerak kerja pilihan raya apabila seramai 20 anggota Muslimat turun padang bagi melaksanakan gerak gempur pengundi di DUN Ampangan dalam usaha membantu memastikan kemenangan calon Perikatan Nasional, Dr. Rafie Abd. Malek.

Pengarah Pilihan Raya Muslimat PAS Wangsa Maju, Hajah NoorSamawati, berkata kekuatan seramai 20 anggota Muslimat PAS Wangsa Maju digerakkan mengikut gelombang dan jadual yang telah ditetapkan bagi memastikan setiap gerak kerja berjalan secara tersusun, berdisiplin dan berkesan.

Menurut beliau, fokus utama jentera Muslimat adalah melaksanakan kerja-kerja lapangan seperti cula pengundi, merayu undi , serta menyantuni masyarakat dari rumah ke rumah bagi menyampaikan mesej dan tawaran Perikatan Nasional kepada para pengundi.

“Muslimat PAS Wangsa Maju hadir dengan semangat kebersamaan dan iltizam yang tinggi untuk membantu gerak kerja di DUN Ampangan. Kami akan melaksanakan amanah yang diberikan sebaik mungkin, mengikut pelan gerak kerja yang telah disusun, demi memastikan kemenangan calon Perikatan Nasional, Dr. Rafie Abd. Malek,” kata Hajah NoorSamawati.

Beliau turut menyeru seluruh jentera agar terus istiqamah, menjaga adab sepanjang berkempen serta memperkukuhkan ukhuwah sesama petugas demi memastikan setiap usaha yang dilaksanakan membuahkan hasil pada hari pengundian.

Kehadiran Muslimat PAS Wangsa Maju mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkasakan jentera pilihan raya serta memperkukuhkan sokongan rakyat terhadap calon Perikatan Nasional di DUN Ampangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️