NegeriTerengganu

Penghina Rasulullah Semakin Berani

Oleh : Adli Mohamad.

DUNGUN – Dunia pada hari melalui dunia media tanpa sempadan telah menyaksikan mereka yang anti kepada Islam, semakin berani menghina Rasulullah.

Ketua Pemuda PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, berkata umat Islam sewajarnya merasa kecewa dan sedih diatas berlakunya perkara berkenaan.

“Jika kita tidak merasa sedih, merasa marah terhadap penghinaan kepada Rasulullah makan tidak sempurna iman kita.

“Kerana Rasulullah pernah bersabda, barangsiapa tidak kasih kepada aku tidak sempurna imanya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian, ketika berucap pada bantahan secara aman terhadap penghinaan kepada Rasulullah, di Masjid Dendang, hari ini.

Menurutnya tujuan himpunan bantahan itu diadakan adalah kerana menyatakan rasa kesal terhadap pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan PH kerana perkara demikian tiada diambil tindakan yanh serius.

“Sepatutnya hukuman yang lebih berat perlu dikenakan kepada penghina Rasulullah.

“Dan setiap dari kita akan dipersoalkan ketika Rasulullah dihina, apa yang kita buat? Sedangkan di akhirat nanti kita mengharapkan syafaat dari Rasulullah, “ucap beliau

Rasulullah, menurutnya harus sentiasa dikenang akan segala jasanya dan perlu sentiasa bersemadi di hati setiap orang Islam.

“Sebab (kerana) Rasulullah merupakan tunjang kepada agama Islam yang menjadi panduan didalam kehidupan beragama.

“Jika tidak kerana baginda maka kita tidak mengecap nikmat iman dan Islam. Dan kita solat Jumaat pada hari ini dan mengikut kehidupan bersyariat semuanya Rasulullah yang bawa kepada kita,” jelasnya.

Beliau turut menyatakan bahawa perhimpunan yang diadakan serentak di seluruh tempat itu, bukannya untuk berperang atau menimbulkan kekecohan.

“Negara kita ada saluran undang-undang dan perlembagaan.

“Dan kita memohon agar dikenakan hukuman yang berat keatas penghina dan pencerca agama Islam itu tersendiri, dan relevan sebagai agama rasmi didalam negara,” tegasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️