NegeriTerengganu

Hina Nabi; Kerajaan PH Mesti Bertegas

Oleh : Aziz Hambali Dan Muhd Afiq Zohir

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mesti mengambil tindakan yang tegas, kepada individu atau pihak yang menghina nabi Muhammad SAW.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang (DPPKM), Ustaz Yusof Abdul Hadi menegaskan, para Menteri beragama Islam kerajaaan jangan bersembunyi di sebalik jawatan dan umat Islam mahu mereka mempertahankan agama.

“sekiranya perkara ini berterusan, wujud lagi perkara-perkara yang tidak diingini, kita akan melakukan himpunan yang lebih besar lagi. Dan saya akan menyeru kepada umat Islam supaya turun mempertahan agama Islam dan Nabi Muhammad SAW.

“Sepertimana tegas Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, umat Islam wajib bangkit menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sekiranya pentadbiran sedia ada gagal bertindak segera terhadap mana-mana pihak yang menghina agama Islam,” ujarnya.

Yusof berkata pada Himpunan Aman Membantah Penghinaan Terhadap Nabi Muhammad di Masjid Rhu Muda semalam.

Himpunan yang diadakan serentak di seluruh negara sejurus selepas solat Jumaat itu turut disertai Yang Dipertua PAS Kawasan Marang Yahaya Ali dan Ketua Penerangan Ustaz Sulaiman Sulong.

Sementara itu, dalam perkembangan yang sama, Yag DiPertua PAS Besut Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad memberi amaran, kepada mana-mana pihak “jangan langgar sempadan agama”.

Katanya, sekiranya kerajaan PH mengkhianati Islam, PAS akan bangkit untuk mempertahankannya.

“Kita mengingatkan pada kerajaan (PH) sekarang supaya tidak berada dibelakang setiap daripada tindakan yang menhina Islam pada waktu ini.

“Jangan sampai rakyat bangkit untuk keluar ke jalan raya bagi menyatakan bantahan terhadap penghinaan nabi (Muhammad SAW),” tegasnya pada Himpunan yang diadakan di Masjid Hadhari, Jerteh.

Sehubungan itu, Ustaz Wan Azhar menyeru agar umat Islam mestilah bersatu menentang ‘penghina nabi’ dan sudah sampai masanya untuk menegaskan pendirian dan menyatakan kebesaran Islam.

“Himpunan ini bertujuan untuk memberi peringatan kepada orang sekeliling supaya tidak melanggar sempadan agama kerana ianya boleh mengundang kemarahan,“ jelas beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️