Minda Presiden

Antara Iman Dan Integriti

BANYAK pihak memperkatakan konsep integriti mengikut kefahaman dan ajaran yang dianutnya. Islam adalah petunjuk Allah yang merangkumi fitrah manusia, jasad, akal dan roh. Maka Islam dibahagikan kepada akidah, syariat dan akhlak mengikut soalan malaikat Jibril kepada Rasulullah S.A.W. iaitu apakah Islam, iman dan ihsan?.

Al-Quran yang menjadi petunjuk bermukjizat menegaskan bahawa semuanya wajib berdasarkan dan berteraskan iman, di mana kesempurnaannya memenuhi segala aspek diri manusia, namun iman itu tetap menjadi syarat diterima oleh Allah.

Firman Allah:


ู‚ูู„ู’ ู‡ูŽู„ู’ ู†ูู†ูŽุจู‘ูุฆููƒูู… ุจูุงู„ู’ุฃูŽุฎู’ุณูŽุฑููŠู†ูŽ ุฃูŽุนู’ู…ูŽุงู„ู‹ุง (103) ุงู„ู‘ูŽุฐููŠู†ูŽ ุถูŽู„ู‘ูŽ ุณูŽุนู’ูŠูู‡ูู…ู’ ูููŠ ุงู„ู’ุญูŽูŠูŽุงุฉู ุงู„ุฏู‘ูู†ู’ูŠูŽุง ูˆูŽู‡ูู…ู’ ูŠูŽุญู’ุณูŽุจููˆู†ูŽ ุฃูŽู†ู‘ูŽู‡ูู…ู’ ูŠูุญู’ุณูู†ููˆู†ูŽ ุตูู†ู’ุนู‹ุง (104) ุฃููˆู„ูŽูฐุฆููƒูŽ ุงู„ู‘ูŽุฐููŠู†ูŽ ูƒูŽููŽุฑููˆุง ุจูุขูŠูŽุงุชู ุฑูŽุจู‘ูู‡ูู…ู’ ูˆูŽู„ูู‚ูŽุงุฆูู‡ู ููŽุญูŽุจูุทูŽุชู’ ุฃูŽุนู’ู…ูŽุงู„ูู‡ูู…ู’ ููŽู„ูŽุง ู†ูู‚ููŠู…ู ู„ูŽู‡ูู…ู’ ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุงู„ู’ู‚ููŠูŽุงู…ูŽุฉู ูˆูŽุฒู’ู†ู‹ุง (105) ุฐูŽูฐู„ููƒูŽ ุฌูŽุฒูŽุงุคูู‡ูู…ู’ ุฌูŽู‡ูŽู†ู‘ูŽู…ู ุจูู…ูŽุง ูƒูŽููŽุฑููˆุง ูˆูŽุงุชู‘ูŽุฎูŽุฐููˆุง ุขูŠูŽุงุชููŠ ูˆูŽุฑูุณูู„ููŠ ู‡ูุฒููˆู‹ุง (106)

โ€œKatakanlah (wahai Muhammad): โ€œMahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? (103); (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukanโ€.(104) Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatnya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka pada Hari Kiamat kelak. (105); (Mereka yang bersifat) demikian, balasannya Neraka Jahannam, disebabkan mereka kufur ingkar, dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai ejek-ejekanโ€. (106) (Surah Al-Kahfi: 103-106)

Firman Allah:


ูˆูŽุงู„ู‘ูŽุฐููŠู†ูŽ ูƒูŽููŽุฑููˆุง ุฃูŽุนู’ู…ูŽุงู„ูู‡ูู…ู’ ูƒูŽุณูŽุฑูŽุงุจู ุจูู‚ููŠุนูŽุฉู ูŠูŽุญู’ุณูŽุจูู‡ู ุงู„ุธู‘ูŽู…ู’ุขู†ู ู…ูŽุงุกู‹ ุญูŽุชู‘ูŽู‰ูฐ ุฅูุฐูŽุง ุฌูŽุงุกูŽู‡ู ู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุฌูุฏู’ู‡ู ุดูŽูŠู’ุฆู‹ุง ูˆูŽูˆูŽุฌูŽุฏูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ุนูู†ุฏูŽู‡ู ููŽูˆูŽูู‘ูŽุงู‡ู ุญูุณูŽุงุจูŽู‡ู ูˆูŽุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุณูŽุฑููŠุนู ุงู„ู’ุญูุณูŽุงุจู (39)

โ€œDan orang-orang yang kafir pula, amal-amal mereka adalah umpama riak sinaran panas di tanah rata yang disangkanya air oleh orang yang dahaga, (lalu ia menuju ke arahnya) sehingga apabila ia datang ke tempat itu, tidak didapati sesuatu pun yang disangkanya itu; (demikianlah keadaan orang kafir, tidak mendapat faedah dari amalnya sebagaimana yang disangkanya) dan ia tetap mendapati hukum Allah di sisi amalnya, lalu Allah menyempurnakan hitungan amalnya (serta membalasnya); dan (ingatlah) Allah amat segera hitungan hisabNyaโ€. (Surah An-Nur: 39)
Firman Allah:


ูˆูŽู‚ูŽุฏูู…ู’ู†ูŽุง ุฅูู„ูŽู‰ูฐ ู…ูŽุง ุนูŽู…ูู„ููˆุง ู…ูู†ู’ ุนูŽู…ูŽู„ู ููŽุฌูŽุนูŽู„ู’ู†ูŽุงู‡ู ู‡ูŽุจูŽุงุกู‹ ู…ู‘ูŽู†ุซููˆุฑู‹ุง (23)

โ€œDan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbanganโ€. (Surah Al-Furqan: 23)

Allah juga berfirman kepada Rasulullah S.A.W. secara khusus:


ูˆูŽู„ูŽู‚ูŽุฏู’ ุฃููˆุญููŠูŽ ุฅูู„ูŽูŠู’ูƒูŽ ูˆูŽุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ู‘ูŽุฐููŠู†ูŽ ู…ูู† ู‚ูŽุจู’ู„ููƒูŽ ู„ูŽุฆูู†ู’ ุฃูŽุดู’ุฑูŽูƒู’ุชูŽ ู„ูŽูŠูŽุญู’ุจูŽุทูŽู†ู‘ูŽ ุนูŽู…ูŽู„ููƒูŽ ูˆูŽู„ูŽุชูŽูƒููˆู†ูŽู†ู‘ูŽ ู…ูู†ูŽ ุงู„ู’ุฎูŽุงุณูุฑููŠู†ูŽ (65)

โ€œDan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada Nabi-nabi yang terdahulu daripadamu: โ€œDemi sesungguhnya jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) tentulah akan gugur amalmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang yang rugiโ€. (Surah Az-Zumar: 65)

Begitulah juga Allah menerima taubat orang yang beriman yang banyak dosanya dan menutup pintu taubat kepada mereka yang tidak beriman:


ุฅูู†ู‘ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ู„ูŽุง ูŠูŽุบู’ููุฑู ุฃูŽู† ูŠูุดู’ุฑูŽูƒูŽ ุจูู‡ู ูˆูŽูŠูŽุบู’ููุฑู ู…ูŽุง ุฏููˆู†ูŽ ุฐูŽูฐู„ููƒูŽ ู„ูู…ูŽู† ูŠูŽุดูŽุงุกู ูˆูŽู…ูŽู† ูŠูุดู’ุฑููƒู’ ุจูุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ููŽู‚ูŽุฏู ุงูู’ุชูŽุฑูŽู‰ูฐ ุฅูุซู’ู…ู‹ุง ุนูŽุธููŠู…ู‹ุง (48)

โ€œSesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan syariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besarโ€. (Surah An-Nisaโ€™: 48)

Penjelasannya menunjukkan bahawa beriman kepada Allah yang menjadi tonggak kepada akidah Islam adalah asas penting bagi seluruh ajaran Islam yang sempurna. Tanpa iman segala amal yang baik dan akhlak yang mulia tidak bererti lagi, kerana tiada nilai di Hari Akhirat yang menjadi wawasan penting bagi semua manusia.

Amal yang soleh dan akhlak yang baik pula adalah syarat kesempurnaan iman dan Islamnya seseorang. Maka integriti seseorang tidak mencukupi tanpa akidah yang ikhlas yang menjadi asas kepada semua amal yang soleh, sama ada mengerjakan amal yang baik atau meninggalkan kemungkaran dan menolaknya atau menentangnya. Begitu juga akhlak yang luhur juga wajib berlandaskan iman yang sebenarnya.

Iman itu dinamakan juga akidah yang bererti simpulan yang kuat terhadap Islam yang dianut dengan ikatan yang kukuh. Dinamakan akidah itu berpandukan petunjuk Al-Quran:


ู„ูŽุง ุฅููƒู’ุฑูŽุงู‡ูŽ ูููŠ ุงู„ุฏู‘ููŠู†ู ู‚ูŽุฏ ุชู‘ูŽุจูŽูŠู‘ูŽู†ูŽ ุงู„ุฑู‘ูุดู’ุฏู ู…ูู†ูŽ ุงู„ู’ุบูŽูŠู‘ู ููŽู…ูŽู† ูŠูŽูƒู’ููุฑู’ ุจูุงู„ุทู‘ูŽุงุบููˆุชู ูˆูŽูŠูุคู’ู…ูู† ุจูุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ููŽู‚ูŽุฏู ุงุณู’ุชูŽู…ู’ุณูŽูƒูŽ ุจูุงู„ู’ุนูุฑู’ูˆูŽุฉู ุงู„ู’ูˆูุซู’ู‚ูŽู‰ูฐ ู„ูŽุง ุงู†ููุตูŽุงู…ูŽ ู„ูŽู‡ูŽุง ูˆูŽุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุณูŽู…ููŠุนูŒ ุนูŽู„ููŠู…ูŒ (256)

โ€œTidak ada paksaan dalam agama (menganut Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahuiโ€. (Surah Al-Baqarah: 256)

Taghut itu adalah melampaui sempadan Allah dalam segala aspek yang wajib ditolak. Kepercayaan kepada Allah juga merangkumi dalam segala aspek. Ikatannya adalah dengan menolak yang lain daripada Allah dan hanya percayakan Allah sahaja yang disimpulkan dalam ucapan syahadah ู„ุง ุฅู„ู‡ ุฅู„ุง ุงู„ู„ู‡ .

Betapa besarnya erti ucapan kepercayaan kepada Allah sahaja, walaupun sedikit dan lemah atau tanpa amal yang soleh, tetapi masih ada kemanisan iman dalam diri seseorang walaupun dia melakukan dosa yang besar dan akhlak yang buruk, atau banyak jumlah dosanya yang kecil, kerana firman Allah:

ููŽู…ูŽู† ูŠูŽุนู’ู…ูŽู„ู’ ู…ูุซู’ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฐูŽุฑู‘ูŽุฉู ุฎูŽูŠู’ุฑู‹ุง ูŠูŽุฑูŽู‡ู (7) ูˆูŽู…ูŽู† ูŠูŽุนู’ู…ูŽู„ู’ ู…ูุซู’ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฐูŽุฑู‘ูŽุฉู ุดูŽุฑู‘ู‹ุง ูŠูŽุฑูŽู‡ู (8)

โ€œMaka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya). (7); Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)โ€. (8) (Surah Az-Zalzalah: 7-8)

Adapun iman itu tetap ada walaupun sedikit. Sabda Rasulullah S.A.W.:


ุซูŽู„ุงูŽุซูŒ ู…ูŽู†ู’ ูƒูู†ู‘ูŽ ูููŠู‡ู ูˆูŽุฌูŽุฏูŽ ุญูŽู„ุงูŽูˆูŽุฉูŽ ุงู„ุฅููŠู…ูŽุงู†ู: ุฃูŽู†ู’ ูŠูŽูƒููˆู†ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูˆูŽุฑูŽุณููˆู„ูู‡ู ุฃูŽุญูŽุจู‘ูŽ ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ู…ูู…ู‘ูŽุง ุณููˆูŽุงู‡ูู…ูŽุงุŒ ูˆูŽุฃูŽู†ู’ ูŠูุญูุจู‘ูŽ ุงู„ู…ูŽุฑู’ุกูŽ ู„ุงูŽ ูŠูุญูุจู‘ูู‡ู ุฅูู„ู‘ูŽุง ู„ูู„ู‘ูŽู‡ูุŒ ูˆูŽุฃูŽู†ู’ ูŠูŽูƒู’ุฑูŽู‡ูŽ ุฃูŽู†ู’ ูŠูŽุนููˆุฏูŽ ูููŠ ุงู„ูƒููู’ุฑู ูƒูŽู…ูŽุง ูŠูŽูƒู’ุฑูŽู‡ู ุฃูŽู†ู’ ูŠูู‚ู’ุฐูŽููŽ ูููŠ ุงู„ู†ู‘ูŽุงุฑู .(ุงู„ุจุฎุงุฑูŠ ูˆู…ุณู„ู…)

โ€œTiga perkara, sesiapa yang berada dalam dirinya nescaya dia masih mempunyai kemanisan iman. Iaitu: Allah dan Rasul paling dikasihi lebih daripada yang lain, kasihnya kepada seseorang kerana Allah (ikhlas) dan benci terhadap kekufuran laksana enggannya kalau dicampak ke dalam nerakaโ€. (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Adanya kalangan mereka yang melakukan maksiat yang besar, bahkan melakukan kekufuran kerana kejahilannya, namun di dalam dirinya ada cintakan Islam dan tetap benci terhadap kekufuran, adalah menunjukkan masih ada kemanisan iman dalam dirinya.

Betapa pentingnya iman itu, Rasulullah S.A.W. menyebutkan: Bahawa Allah memberitahunya ada dalam kalangan manusia yang menerima suratan amal pada Hari Kiamat nanti yang penuh dengan maksiat dalam suratan yang panjangnya sayup mata memandang, sehingga tiada kelihatan amal yang soleh sedikit pun, menyebabkan terasa tidak ada harapan lagi untuk menyelamatkan diri, tiba-tiba Allah menunjukan kepadanya secebis suratan yang terlalu kecil, hanya ucapannya percayakan Allah sahaja Tuhannya, dan menolak Tuhan yang lain daripada Allah dengan sebab ucapan dan kepercayaan itu masih ada dalam dirinya, maka dia dimasukkan ke syurga.

Tegasnya menunjukkan bahawa sejahat-jahat yang beriman akhirnya ke syurga dan sebaik-baik yang kafir tetap ke neraka. Maka jagalah iman sehingga akhir hayat dan sempurnakan iman itu dengan amal yang soleh dan akhlak yang baik.

Firman Allah:


ูŠูŽุง ุฃูŽูŠู‘ูู‡ูŽุง ุงู„ู‘ูŽุฐููŠู†ูŽ ุขู…ูŽู†ููˆุง ุงุชู‘ูŽู‚ููˆุง ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ุญูŽู‚ู‘ูŽ ุชูู‚ูŽุงุชูู‡ู ูˆูŽู„ูŽุง ุชูŽู…ููˆุชูู†ู‘ูŽ ุฅูู„ู‘ูŽุง ูˆูŽุฃูŽู†ุชูู… ู…ู‘ูุณู’ู„ูู…ููˆู†ูŽ (102)

โ€œWahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islamโ€. (Surah Aali โ€˜Imran: 102)

Maka integriti bersama Islam adalah merangkumi aspek kejadian manusia yang berunsurkan jasad, akal dan roh yang wajib diisi bersama iman, amal soleh dan akhlak yang mulia. Iman pula menjadi asas kepada amal yang soleh dan akhlak yang mulia. Amal yang soleh dan akhlak yang mulia tanpa iman ditolak dalam perhitungan di Hari Akhirat yang menjadi wawasan kepada penganut Islam.

Tegasnya iman tanpa amal soleh dan akhlak mulia adalah tidak sempurna. Amal soleh dan akhlak mulia tanpa iman pula ditolak.

โ€œIslam Memimpinโ€

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 22 Jamadilakhir 1440 / 27 Februari 2019 โ€“ HARAKAHDAILY 27/2/2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

๐Ÿ“ฑ ๐Ÿ“˜ ๐Ÿฆ โœˆ๏ธ