NegeriTerengganu

Satu Meter Air Dikongsi Tiga Buah Rumah

Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN- Kampung Padang Ping sekian lama mengalami masalah bekalan air bersih dan ada dikalangan penduduk yang terpaksa berkongsi satu meter untuk tiga buah rumah.

Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) PAS Bukit Besi, Haji Ghazali Sulaiman berkata, kampung berkenaan tidak ada bekalan air secara khusus, menjadikan penduduk berkeadaan tidak selesa.

“Jadi penduduk kampung telah mengalami masalah pengairan tanaman, penternakan dan amat memerlukan bekalan air yang mencukupi.

“Pernah ada kes yang agak berdukacita dimana pernah berlaku saat ingin memandikan jenzah memerlukan kepada tekanan air yang tinggi,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ditemui pihak media, semasa berkunjung ke Kampung Padang Ping, Bukit Besi, pada Isnin 25 Februari.

Oleh itu, beliau mencadangkan agar Jabatan Bekalan Air, Syarikat Air Terengganu Utara, melibatkan kerajaan Negeri Terengganu mewujudkan satu paip utama di kawasan terbabit.

“Agar segala urusan penduduk dalam mendapatkan sumber air dipemudahkan,” tegasnya.

Sehubungan itu, penduduk kampun tersebut, Tuan Sharifah Tuan Man, 47, berkata perkara itu telah berlarutan sekian lama lebih dari enam tahun.

“Air tersangat perlahan, telah banyak kali diadukan masalah ini kepada Jawatankuasa Keselamatan Dan Keceriaan Kampung (J3K) zaman pemerintahan yang lalu. Dua, tiga kali datang periksa tapi tiada apa-apa sebarang tindakan pun.

“Dan sekarang kita adukan Kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang baru,” ujarnya.

Dalam pada itu Pengerusi Majlis Komuniti Kampung (MPKK) Padang Ping, Nik Omar Nik Othman berharap kepada pihak berkenaan agar dapat mengambil tidakan supaya penduduk kampung itu dibela.

“Diharapkan agar disegerakan permohonan bagi mendapat bekalan air yang lebih baik dan bertekanan tinggi, agar setiap rumah didalam kampung ini berada dalam keadaan selesa.

“Kita berharap sangat, agar pihak Majlis Tindakan DUN, dapat selesaikan permasalan ini dan amat berterima kasih,” ucap beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️