NegeriTerengganu

Pasang Perangkap Kawal Jumlah Babi

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – Jabatan Perhilitan telah memasang perangkap bagi mengawal jumlah spesies babi hutan di seluruh negeri Terengganu.

Pengarah Perhilitan Negeri Terengganu, Puan Rahmah Illias berkata, tindakan tersebut adalah salah satu langkah untuk mengurangkan spesies tersebut berkeliaran di merata tempat.

“Untuk makluman babi hutan memang di bawah bidang kuasa Jabatan Perhilitan dan kes paling tinggi di seluruh semenanjung sebenarnya bukan di Terengganu sahaja.

“Tindakan yang kita buat adalah yang pertama kita ada buat pemasangan perangkap dan kita memang bekerjasama dengan pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN)

“Jadi kita memang buat pengawalan untuk spesies ini diseluruh negeri Terengganu,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Mesyuarat bersama Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri di Wisma Darul Iman, semalam.

Sehubungan dengan itu Dr Azman Ibrahim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi berkata, hal berkaitan dengan anjing liar tidak serius di negeri Terengganu.

“Saya rasanya dari segi anjing liar di Terengganu tak serius setakat saya dapat maklumat dan sebenarnya (ia) bukan anjing liar tetapi anjing yang dipelihara untuk jaga kebun dari gangguan kera.

“Saya rasa tak menjadi satu isulah berbanding negeri-negeri di pantai barat,” ujarnya.

Menurutnya, hal berkaita dengan binatang tersebut adalah dibawah kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Veteriner.

Kata Dr Azman, perkara tersebut boleh dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️