NegeriTerengganu

Bangunan Terbiar Zaman Umno-BN Akan DiPerkasakan

Oleh:Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – Kerajaan Terengganu yang diterajui PAS akan memperkasa bangunan-bangunan terbiar yang dibina oleh pemimpin-pemimpin Umno-BN yang hanya bermotifkan mengisi poket mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja. Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata binaan-binaan yang bernilai jutaan ringgit ini akan digunakan untuk membangunkan usahawan-usahawan yang memerlukan perhatian kerajaan.

“‘Saya rasa mujur dia buat tu, kita fikir untuk isi je sekarang, jadi tidaklah perlukan satu bajet belasan ataupun puluhan juta”, ujar beliau di Majlis Sembang Santai Bersama Exco Usahawan di Dewan Majlis Perbandaran Dungun di sini pada 20 September.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Kota Putra itu, fungsi kerajaan ialah mengadakan pusat-pusat perniagaan dan menyediakan program – program pengisian untuk membangunkan usahawan.

“Bukan kerajaan (hanya)buat bangunan cantik-cantik lepas tu tinggal”, tambahnya.

Majlis dialog yang mendapat sambutan para usahawan baru dan lama ini turut dihadiri oleh ADUN Sura, Wan Hapandi Wan Nik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️