Jangan Murung, Iman Ukuran Di sisi Allah
Oleh : Nooreni Abu Bakar
KUALA TERENGGANU – Golongan orang kurang upaya diharap tidak bersikap murung dan mengalah dengan kekurangan diri kerana iman yang menjadi ukuran di sisi Allah.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga & Perpaduan Nasional, YB Cikgu Alias Harun berkata dengan iman, kasih kepada agama dan tidak terlibat dengan kumpulan penentang Islam.
“Islam itu tinggi, tidak ada yang lebih tinggi, jadi kita-kita lah yang meninggikannya”, ujar beliau.
Beliau yang Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang itu, ketika berucap merasmikan Mesyuarat Pembangunan Agung Persatuan Orang Kurang Upaya Terengganu(POKUAT) kali ke-11 di Dewan Serbaguna Yayasan Pembangunan Usahawan(YPU) di sini semalam 4 September.
Ketua Penerangan PAS Kawasan Dungun itu juga berharap pengembalian royalti yang dirampas daripada hasil minyak Negeri Terengganu menjadi kenyataan.
“Sama-sama kita berdoa janji kerajaan pusat ditunaikan untuk kita tambah peruntukan untuk persatuan – persatuan seperti POKUAT melaksanakan aktiviti – aktiviti mereka”, katanya lagi.
Sementara itu Presiden POKUAT, Saudara Fakharuddin Zakaria memberitahu POKUAT ditubuhkan pada 2002 dengan matlamat menyatukan orang kurang upaya cacat anggota di seluruh Terengganu.
“Mendengar masalah, berkongsi masalah dan mencari jalan penyelesaian diantara mereka, ” ujar beliau seorang mahir di dalam mengurut.
Manakala beberapa orang ahli persatuan yang ditemui melahirkan rasa syukur menjadi ahli kerana keprihatinan yang ditunjukkan kepimpinan POKUAT.
Antaranya Wan Roslina Wan Abdul Rahman, 40, yang menjadi usahawan jahitan dan juga seorang ibu Rosni Mohamad, 45 yang menemani anaknya Nor Nabilah Ismail, 11.