MPKK Bukit Besi Beriltizam Mendukung Segala Amanat Negeri
Oleh : Adli Mohamad.
MARANG – Para Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Dewan Undangan Negeri Bukit Besi beriltizam mendukung segala amanat dari kerajaan negeri.
Pengerusi MPKK Kampung Felda Jerangau, Mohd Sidek Bin Muhamad, 41, berkata program ini sungguh memberi manafaat dan memberi pembelajaran agar MPKK bertindak melalui jabatan-jabatan kerajaan yang berada di bawah kerajaan negeri.
“Program seperti ini sewajarnya diadakan dan ianya mestilah berterusan,
“bagi membekalkan setiap Ahli MPKK dengan kefahaman yang baik untuk berperanan dalam masyarakat, ” ujarnya.
Sementara itu Anuar Tahir, 50 mengatakan bahawa segala permasalahan dan persoalan yang terbelenggu telah terungkai melalui program ini.
“selama ini kita telah bekerja dengan tiada langsung pengetahuan,
“hadir di sini kami akhirnya faham akan tanggungjawab dan peranan yang harus MPKK berfungsi bagi menjadi jambatan kepada masyarakat,” kata beliau yang juga merupakan Pengerusi MPKK Felda Jerangau 2.
“Kita mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh peserta Kem Jati Diri dari DUN Bukit Besi,
“dengan segala ilmu dan kefahaman yang didapati, diharap semuanya akan bersungguh-sungguh membantu masyarakat dan akhirnya Maju, Berkat dan Sejahtera bukan hanya sekadar menjadi tema semata-mata,” ujar Penyaras DUN Bukit Besi Haii Ghazali Sulaiman ketika dihubungi pihak media.