NegeriTerengganu

Lihat Masyarakat Dengan Kasih Sayang

Oleh : Abdul Aziz Hambali

MARANG – Kepimpinan PAS mestilah melihat masyarakat dengan perasaan kasih sayang, belas kasihan dan sama-sama membantu sesama ahli dalam sesebuah komuniti.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, ikatan akidah yang kuat perlu ada di antara rakyat dan pemimpin serta Allah SWT.

“Golongan munafik mengambil peluang untuk menghancurkan ikatan mukmin dan sebab itulah kita sebagai umat Islam harus menjaga hubungan,

“supaya tidak mudah untuk dirungkai ikatan oleh musuh Islam dan hindari kufur kepada Tuhan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Liqa’ fikri Dewan Pemuda PAS kawasan Marang (DPPKM) di Dewan Pejabat PAS Kawasan Marang pada hari Sabtu, 4 Ogos.

Katanya, bekerjalah seikhlas hati dengan mengabdikan diri kepada Allah walaupun diuji kerana ia akan meningkatkan keimanan.

“Masing masing yang dilantik menjadi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) adalah suatu anugerah ilahi,

“ini adalah pilihan dan ketentuan Allah dalam mengalas tugas sebaik- baiknya dan mestilah berperanan mengikut tugas (dengan) sewajarnya,” katanya.

Menurutnya, bekerjalah kerana ianya adalah amalan yang soleh dan bertugas dengan baik dan amanah serta bergerak dalam pasukan yang bercirikan saluran Rabbani.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️