NegeriTerengganu

Mahu Kuala Terengganu Bersaing Dengan Bandaraya Lain

Oleh : Azizah Mahmood

KUALA TERENGGANU – Draf Rancangan Tempatan Daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus 2035 berhasrat memacu Kuala Terengganu agar mampu berdaya saing dengan bandaraya lain di Malaysia.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan , Kesihatan dan Alam Sekitar, Dr. Alias Razak berkata, setiap apa yang dirancang menjadi sumber rujukan pada pihak berkuasa tempatan.

“Draf rancangan tempatan yang akan menentukan keberhasilan sebuah daerah untuk hidup berdaya huni (tinggal),

“dan beberapa pembangunan lainnya dalam konteks Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera,” katanya.

Beliau berkata demikian merasmikan program di Dewan Gamelan Hotel Primula pada hari Ahad 5 Ogos.

Katanya, ia menjadi sangat penting kepada semua Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mendengar taklimat dan memahami dengan pembentangan tersebut dengan sebaiknya.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal itu, seramai 20 orang anggota, hadir dalam taklimat dalam program perundingan bersama Ahli Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️