Umno BN Tidak Cakna Keperluan Rakyat
SETIU – Umno dan Barisan Nasional (BN) pada hari ini tidak cakna kepada keperluan rakyat khususnya masyarakat yang tidak menyokong mereka.
Ahli Jawatan kuasa (AJK) PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim berkata, kekayaan hasil negeri dan negara di monopoli oleh kelompok elit menghasilkan budaya ‘korup’ akibat pemerintahan yang lama.
“Ianya telah membuatkan mereka berasa sangat selesa walau mengabaikan kebajikan rakyat,
“Sehingga banyak lagi kemudahan asasi rakyat masih terabai dan antaranya seperti kemudahan paling asas iaitu jalan bertar di kampung,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Isnin, 23 April, ketika ditemui selepas program ziarah harian.
Katanya,beliau bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) ke 12 pada tahun 2008 ketika berjawatan hanya sebagai Ketua Pemuda DUN Jabi kemudian pada tahun 2013 bertanding semasa memikul amanah sebagai Ahli JAwatan Kuasa (AJK) Badan Perhubungan PAS negeri Terengganu.
Dan kini bakal mewakili parti sekali lagi di DUN Jabi tahun 2018 ketika ditaklifkan tugasan sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat iaitu satu jawatan yang setaraf dengan Ahli Majlis Tertinggi Umno.
“PAS terus bekerja tanpa noktah walaupun pada PRU ke- 12 Allah belum mengizinkan kemenangan untuk Parti Islam Semalaysia (PAS),
“Kemudian kali yang kedua pada tahun 2013 diberikan tanggungjawab bagi mewakili parti di DUN Jabi dan sekali lagi kemenangan belum diizinkan menjadi milik kita,
“Dan kesinambungan kerja ini masih tak berhenti sehinggalah ke hari ini,”ujarnya.
Menurutnya lagi, walaupun sudah dua kali bertanding tapi masih kalah tetapi perjuangan Islam tiada noktah,
“Saya adalah amilin parti yang ditarbiyah dengan tarbiyah harakah Islamiyyah dan setiap arahan parti mesti dipatuhi dengan penuh insaf dan ketaatan,
“Serta yakin yakin ada keberkatan pada keputusan jemaah dan Allah bersama kita” tambahnya lagi.
Justeru, marilah sama-sama kita memilih PAS dalam PRU ke -14 yang dipimpin oleh ulamak muktabar dimana terbukti bersih dan sangat berintegriti untuk memacu rakyat ke hadapan di dunia dan di akhirat.