NegeriTerengganu

Mantan MB Terengganu Didakwa Cuai

KUALA NERUS – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman didakwa cuai dalam tanggungjawabnya, membiarkan 30 peratus rakyat DUN terbabit terus hidup dalam kemiskinan.

Exco Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Nerus, Haji Mohd Fazil Wahab berkata, kajian yang dibuat oleh sebuah Universiti tempatan menunjukkan terdapat lebih 1065 orang yang tergolong miskin Seberang Takir.

“Kelompok miskin ini mewakili 29.30% daripada penduduk di Seberang Takir,

“Dan dibahagikan kepada tiga jenis tahap kemiskinan iaitu, miskin tegar 3.47%, miskin 28.35%, mudah miskin 42.72% dan terkeluar sebanyak 25.44%,”katanya.

Beliau yang juga calon PAS DUN Seberang Takir berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas program ziarah pada Isnin 23 April, disini.

Menurutnya, jawatan Menteri Besar Terengganu, tidak membawa banyak perubahan

kepada kehidupan penduduk tempatan.

Justeru itu, beliau akan berkempen habis-habisan, memberitahu masyarakat tentangsalah tadbir urus kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Program ziarah berjadual (setiap) pada kali ini melawat sekitar 10 orang yang terdiri daripada golongan susah, miskin dan sasaran,

“Dan sempat ziarah kematian di Tok Jembal serta turun padang minum pagi bersama masyarakat sekitar Bukit Tok Beng dan kebetulan orang tempatan hadir bersama,” ujarnya beliau apabila ditanya tentang kempennya.

Katanya, sehingga kelmarin, sambutan program yang dibuat oleh jentera pilihan raya Seberang Takir mendapat sambutan, termasuk daripada pengundi Umno sendiri.

“Saya sempat solat Zohor di Masjid besar di Seberang Takir Masjid Al-Abrar dan berjumpa pemimpin utama imam… dia rasa macam sukalah kita (calon) PAS ini,

“Dan Insya Allah pada petang ini kita akan terus ziarah dan selepas asar nanti sembahyang disurau Mawaddah di seberang takir bersama masyarakat,

“serta turun makan bersama pemuda sekitar jam lima petang dan pada malamnya ceramah di Unit Peti Undi (UPU) Tok Jembal,”tambahnya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️