NegeriTerengganu

Guna Pakar ARC Latih ‘Ameerah Riders’

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA NERUS – Ameerah Negeri Terengganu berhasrat untuk mengadakan kerjasama dengan Alternative Riding Club (ARC) bagi menjenamakan semula unit motosikalnya yang dikenali sebagai ‘Ameerah Riders’.

Pengarahnya Hajah Zuraida Mohd Nor berkata, Kelab Motosikal Pilihan itu sudah mempunyai nama yang kukuh dalam dunia permotoran dan mempunyai ramai anggota.

Menurutnya, ia adalah amat sesuai untuk meningkatkan kemahiran para penunggang Ameerah pada masa hadapan.

“Seorang penunggang Ameerah Riders itu mesti seorang yang mahir dalam mengendalikan kenderaan beroda dua ini dan kecekapan membawa motosikal sangat penting bagi seorang terutama ketika hari kemuncak program himpunan Fastaqim 2.0,

“Disebabkan jalan yang jem teruk, sudah pasti Ameerah Riders ini akan kepenatan, jadi fokus yang tinggi dalam menjalankan tugas amat penting,

“Ini kerana suasana yang sesak dengan kenderaan itu akan menyebabkan berlakunya pergeseran, perlanggaran dan sebagainya,”jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan untuk Misi Rohingya ke Bangladesh kepada Timbalan Pengerusi Kumpulan Aktivis Media Independent (KAMI), Hajj Sazali Mohd Noor, di tapak Fastaqim 2.0 Isnin, 2 Oktober.

Selain itu, kata beliau, perkara yang paling penting kepada setiap orang Ameerah Riders mestilah berani dan memiliki lesen motosikal B2 yang sah.

“Disamping itu, mereka mestilah mempunyai skil dan kemahiran menunggang motosikal yang tinggi …….kalau setakat boleh bawa motosikal secara biasa saja tidak akan dipilih sebagai Ameerah Riders,

“Memang ramai yang berminat dan nak bantu dengan menjadi Ameerah Riders tapi kita tak benarkan kerana mereka tidak mempunyai lesen motosikal serta tidak cekap mengendalikan motosikal ataupun mereka sudah lama tidak membawa motosikal,”katanya.

Katannya, Unit bermotosikal Ameerah itu, telah mula ditubuhkan sempena Ijtima Antarabangsa Perpaduan Ummah, yang berlangsung di masjid Rusila pada tahun 2015.

Oleh itu, Himpunan Fastaqim 2.0 menjadi sejarah apabila unit itu di gelar sebagai ‘Ameerah Riders’.

“Program himpunan Fastaqim 2.0 menjadi titik tolak untuk menjenamakan semula unit bermotosikal Ameerah dengan menubuhkan satu organisasi lengkap yang patuh syariah dikenali sebagai Ameerah Riders,

“Ini kerana kita ada banyak program-program yang besar parti contohnya program HARAP, yang memerlukan unit bermotosikal ni bagi membantu melancarkan pergerakan dan perjalanan sesuatu program bagi mengangkut pengunjung yang meletak kenderaan jauh untuk datang ke tapak,”jelas Zuraida.

Selain itu katanya, ia juga akan menarik anak-anak muda perempuan yang berminat dalam dunia motosikal ‘menjinakkan’ diri dengan PAS.

“tidak semua anak muda minat ceramah politik, duduk depan pentas dan sebagainya. Ramai juga yang minat dengan aktiviti rekreasi sukan dan lain-lain,” tambah beliau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️