NegeriTerengganu

Tetap Bersiap Siaga

Oleh : Solahuddin Al-Idrus/ Foto – Abbas Dany

KUALA TERENGGANU – PAS DUN Bandar menyarankan kepada seluruh jentera parti disemua peringkat agar berada dalam keadaan siap siaga serta memperkemaskan gerak kerja agar lebih tersusun untuk menghadapi pilihan raya yang akan datang.

Pengerusi Majlis Tindakan Dun Bandar, Ustaz Ahmad Shah Mohamed menyeru agar seluruh jentera lebih menumpukan kegiatan bagi menjamin kejayaan.

“Jentera kita memenuhi apa yang diharapkan (dan) apa yang penting kita harus pertingkatkan lagi usaha agar lebih fokus dan tersusun bagi menjamin kemenangan pada pilihan raya akan datang ”

“Kita juga harapkan kemenangan di DUN-DUN yang lain akan memberi sumbangan kepada penubuhan kerajaan PAS Terengganu pada pilihan raya akan datang ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi selepas Majlis Lawatan Mahabbah Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato’ Ustaz Husain Awang ke DUN Bandar semalam.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Kuala Terengganu mengajak jentera parti bekerja agar bersungguh-sungguh.

“Kita (PAS) harap supaya kita semua bekerja bersungguh-sungguh pada PRU14 untuk mempastikan Dun (Bandar) ini kita menang dalam PRU akan datang, In sha Allah.

Menurutnya, lawatan yang bermula maghrib itu dikira berjaya dengan kehadiran yang ramai dari semua peringkat jentera parti.

“Kehadiran jentera parti yang ramai ini menggambarkan kekuatan PAS di Dun Bandar,” tambah beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️