HIMMAH 17 Kekalkan Momentum Kejayaan Fastaqim
Oleh : Shahril Aswad
HULU TERENGGANU – Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Terengganu mengajak serta menyeru anak muda khususnya pemuda PAS untuk bersama-sama dan beramai-beramai ke program Himpunan Pemuda Islam Hulu Terengganu (HIMMAH).
Ketuanya, Ustaz Harun Esa berkata, tujuan penganjuran himpunan ini adalah untuk mengumpul seramai mungkin petugas dan pendokong PAS yang memahami konsep perjuangan Islam di peringkat Hulu Terengganu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU)ke – 14 yang bakal tiba.
Kata beliau, program itu akan berlangsung di persisir Sungai Temir, Kuala Berang.
“Himpunan tersebut yang dijadualkan berlangsung pada 6 dan 7 oktober ini adalah merupakan suatu himpunan khas sebagai rentetan gelombang kebangkitan anak muda di Fastaqim 2.0,
“Ia juga himpunan bagi mengekalkan momentum kejayaan Fastaqim 2.0 terus marak dikalangan anak muda khususnya di kawasan ini,” katanya ketika dihubungi.
“Kita buka jalan seluas-luasnya kepada anak muda untuk bersama kita, mereka tidak malu lagi bersama parti Islam ini.
Menurutnya, pelbagai aktiviti menarik menanti para pengunjung dan dapat mendengar taujihat khas dari pemimpin pemuda yang diundang khas untuk semua.
“Ini dapat dilihat dengan jelas sokongan dan keterlibatan mereka di Fastaqim 2.0 yang dianjurkan baru-baru ini dan semangat itulah yang kita akan bawa disini,” jelasnya.
Justeru itu, beliau mengajak dan menyeru sekalian anak muda khususnya pemuda PAS untuk bersama-sama turut serta ke program HIMMAH sebagaimana yang telah dijadualkan.
“Kosongkan jadual anda pada tarikh tersebut untuk bersama-sama hadir ke Persisir Sungai Temir,” tambah beliau.