NegeriTerengganu

PAS Kekalkan Hubungan Erat Dengan PDRM

Oleh: Khalid Abdullah

KEMAMAN – Kunjungan rombongan pimpinan PAS terhadap pasukan keselamatan sempena sambutan Hari Polis Diraja Malaysia adalah penting untuk mengekalkan hubungan erat yang sedia terjalin sejak sekian lama.

Sebenarnya polis dan masyarakat saling memerlukan kerana tanggunjawab memelihara keamanan dan ketenteraman bukan sahaja terletak di bahu polis tetapi juga semua lapisan masyarakat.

Perkara ini ditegaskan oleh Ustaz Alias Abdul Hamid, Yang Dipertua PAS Kemaman ketika menyerah sumbangan kek kepada Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Said Ibrahim di Ibu Pejabat Polis Kemaman, Chukai pada ahad lalu.

“Segala usaha yang tidak mengenal erti penat lelah oleh anggota-anggota Polis Diraja Malaysia(PDRM) dalam menjaga dan memastikan keamanan yang kita nikmati terpelihara mendapat penghargaan daripada PAS Kawasan Kemaman

Sempena sambutan Hari Polis ke-210 ini, kita akan melakukan kunjungan muhibah ke balai-balai polis seluruh Kemaman” tambah Ustaz Alias lagi.

Misi rombongan pimpinan PAS Kemaman mengambil masa dua hari untuk berkunjung kesemua balai di daerah Kemaman antaranya Balai Polis Kijal, Balai Polis Pasir Gajah, Balai Polis Air Jerneh, Balai Polis Air Putih, Balai Polis Kertih dan Pondok Polis Cheneh.

Turut bersama dalam rombongan YDP Kawasan Kemaman itu ialah YB Haji Hanafiah Mat, ADUN Chukai merangkap Naib YDP PAS Kawasan Kemaman dan beberapa orang lagi pimpinan utama PAS Kemaman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️