NegeriTerengganu

Hutan Lipur Dan Kawasan Pelancongan Rantau Abang Terbiar!

DUNGUN – Mewakili seluruh warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang, YB Cikgu Alias Harun menggesa kerajaan memulihkan dan menaiktaraf Hutan Lipur serta kawasan pelancongan di kawasan tersebut.

Menurutnya, titik tumpuan bagi aktiviti rekreasi dan santai itu pada asalnya memang satu tempat tumpuan kepada masyarakat setempat, terutama sekali pihak sekolah yang mengadakan program bermalam.Namun sekarang katanya, ia terbiar dan tiada sebarang usaha dari pihak berwajib untuk membangunkannya semula.

“sebab dia ada tapak perkhemahan, ada surau ada kemudahan tempat rekreasi, ada pondok, ada kolam, ada ikan…….tapi sejak kebalakangan ini Jabatan Perhutanan sudah tidak berupaya untuk membangun semula kawasan ini,

“hingga sekarang ia merupakan satu tempat terbiar, yang sepatutnya dengan perkembangan kawasan sekitar, perlu dibina semula supaya kawasan itu menjaid tumpuan pelancong-pelancong,”ujarnya.

Beliau mencadangkan agar Rantau Abang yang sangat terkenal pada satu masa dahulu itu, dibangunkan semula menjadi lokasi santai dihujung minggu bagi penduduk setempat.

“tempat ini perlu dinaik taraf dan dibangunkan semula supaya masyarakat dapat menggunakan kemudahan sudah ada di situ,

“kawasan perlu diterangkan semual dan perlu mengadakan perkara-perkara asas yang boleh didapati di sana,”jelasnya.

Beliau turut melahirkan rasa kesal kerana Rantau Abang yang terkenal di seluruh dunia dengan aktiviti melihat ‘penyu bertelur’ diabaikan menjelang Tahun Melawat Terengganu 2017.

MenurutKetua Penerangan PAS Dungun itu, kerajaan Terengganu boleh masih boleh mempromosikan sejarah penyu bertelur itu kerana masih ada Pusat Penyu Dan Ekosistem Marin (TUMEC).

“Saya tak nampak apa-apa perkembangan di kawasan Rantau Abang ini, saya kira kerajaan Terengganu tinggal terus kerana penyu sudah tidak mendarat di sana,

“dan kita lihat perkembangan di Rantau Abang sudah tidak ada tumpuan kerajaan yang memerintah sekarang ini,”katanya.

Justeru, beliau berharap satu tindakan segera diambil bagi memuliskan keadaan Rantau Abang yang hampir ‘mati’.

“Jadi, kita harap untuk memberi keselesaan kepada penduduk Kuala Dungun (dan masyarakat setempat) untuk berehat selain daripada kawan rekreasi yang lain situ merupakan kawasan yang perlu dibangunkan,

“kita memang (sangat) mengalu-alukan….”tambah beliau.

https://youtu.be/GMJH-2TMhH8

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️