Anjing Liar Serang — Kenapa Isu Ni Belum Selesai Juga?
Nota: Isu ini dibangkitkan Hj Kamarol Ridzuan, ADUN Paroi, semasa menjalankan tugas rasmi sebagai wakil rakyat di sidang Dewan — direkodkan rasmi dalam Hansard, bukan tuduhan yang diungkit selepas tempoh perkhidmatan. Rekod berdasarkan Hansard setakat tarikh sidang berkenaan; sekiranya ada perkembangan/penyelesaian lanjut selepas itu, ia tertakluk kepada kenyataan terkini pihak berkuasa.
SEREMBAN, 5 Disember 2025 — Dalam ucapan penutup perbahasan Belanjawan 2026, ADUN Paroi menyuarakan kekecewaan terhadap keputusan Dewan pada April 2025 untuk melaksanakan pelupusan anjing liar di kawasan majoriti Melayu — mendakwa enam bulan berlalu tanpa keberkesanan ketara, dengan aduan berterusan daripada penduduk Taman Bandar Senawang, Taman Lavender Heights, Taman Pinggiran Senawang dan Taman Senawang Perdana mengenai kejadian dikejar dan digigit anjing liar.

Bukan Sekadar Bangkit Isu — Cadang Penyelesaian
Sebagai penutup, beliau menarik perhatian Dewan kepada penemuan Laporan Ketua Audit Negara Bilangan 3/2025 yang mencatatkan baki tidak digunakan sebanyak RM15.06 juta dalam Akaun Amanah Dana Khas Menteri Besar bagi tahun 2024, mencadangkan sekiranya benar permintaan kurang, sebahagian daripada peruntukan tersebut wajar disalurkan kepada ADUN pembangkang yang sentiasa memohon peruntukan bagi manfaat rakyat di kawasan masing-masing.
Beliau menegaskan tuntutan ini bukan bermotifkan simpati tetapi hak yang adil untuk memastikan perkhidmatan dan kebajikan rakyat di kawasan pembangkang tidak ketinggalan hanya kerana perbezaan logo parti. Pusat Khidmat DUN Paroi melaporkan menerima lebih 1,000 kes aduan rakyat dan sebahagian besarnya memerlukan bantuan kewangan dan bantuan asas makanan.
- K — Khidmat Masyarakat
- I — Infrastruktur & Kemudahan Awam
- T — Tekanan Kos Sara Hidup
- O — Oportuniti Ekonomi & Pekerjaan
- J — Jaminan Mengutamakan Rakyat
- A — Amanah & Integriti
- G — Generasi Muda & Keluarga
- O — Operasi & Perkhidmatan Setempat

- Betul Ke YB Paroi ‘Tak Nampak’? Ini 4 Daripada 5 Sidang DUN
- Safety Shield Rakyat Paroi: Bila 30 Tahun Kepakaran Keselamatan Bawa Isu Rakyat Ke Dewan
- “Apa Orang Kata Tentang Sey?” — Kamarol Ridzuan Kongsi Testimoni Penduduk Paroi
- Kamarol Ridzuan Ranking #3/36 ADUN N9 — Belanja RM190 Ribu Sendiri Bantu Rakyat
- “Bom Jangka” Depan Rumah — Isu Pokok Tinggi Paroi-Senawang-Ampangan
- Tiga Hari Tanpa Air — YB Paroi Desak SAINS Jelaskan Tangki Rosak Taman Exora
- Kamarol Ridzuan Soal Keselamatan Kualiti Alam Sendayan Berhampiran Kawasan Padat Penduduk
- “Dah 2 Meninggal Kat Situ” — Amaran Pokok Tumbang Sejak 2023
- Kesesakan Taman Tuanku Jaafar Bertambah Teruk — Kamarol Ridzuan Cadang Kawalan Trafik Segera
- ADUN Paroi beri amaran awal risiko kemalangan:Jalan Persiaran Senawang 2 & Jalan Paroi–Senawang
- Haji Kamarol Ridzuan Persoal Isu Tanah Mendap, Cerun Runtuh Dan Pencemaran Udara
- Amaran Sejak 2023:Haji Kamarol Ridzuan Bangkit Isu Pokok Tinggi Dan Jalan Rosak Sebelum Nyawa Melayang