Haji Kamarol Ridzuan Persoal Isu Tanah Mendap, Cerun Runtuh Dan Pencemaran Udara
PAROI — Isu keselamatan penduduk bukan perkara baharu di meja YB Hj Kamarol Ridzuan Mohd Zain, mantan ADUN Paroi. Data terkini daripada Pusat Khidmat Rakyat DUN Paroi mencatatkan 33 kes aduan geoteknikal dan infrastruktur kritikal telah dikendalikan secara langsung — daripada tanah mendap, cerun runtuh, anjing liar sehingga pencemaran udara yang mengancam kesihatan penduduk.
Berbekalkan pengalaman lebih 30 tahun sebagai Pengurus Kesihatan & Keselamatan di syarikat multinasional seperti CABOT (M) Sdn Bhd, Sime Darby dan SP Setia, serta pensijilan Pegawai Keselamatan & Kesihatan bertauliah DOSH (SHO-DOSH), Pak Kam — panggilan mesra beliau — membawa kepakaran teknikal yang jarang dimiliki wakil rakyat ke dalam isu keselamatan awam di Paroi
Antara isu kritikal ialah kesesakan lalu lintas membabitkan kenderaan berat dan laluan baharu di Senawang, yang berulang kali dibangkitkan di sidang Dewan. Hasil desakan berterusan ini, penguatkuasaan waktu terhad kenderaan berat telah dijalankan — bukti nyata bahawa suara rakyat Paroi diangkat dan diterjemahkan kepada tindakan konkrit.
Anjing Liar: Dibangkitkan Dalam 4 Daripada 5 Sidang DUN Isu anjing liar turut menjadi keutamaan Pak Kam, dibangkitkan dalam 4 daripada 5 sidang DUN sepanjang 2023 hingga 2025. Aduan datang bertimbun daripada Taman Bandar Senawang, Taman Lavender Heights, Taman Pinggiran Senawang, Taman Senawang Perdana dan Taman Tuanku Jaafar — di mana penduduk dikejar, digigit, malah ada haiwan peliharaan yang mati diserang.
Beliau turut mencadangkan skala program pemandulan anjing liar diperluas — memetik peruntukan RM100,000 pada 2024 yang hanya mampu menampung kira-kira 400 ekor sahaja — di samping mewujudkan platform kerjasama kerajaan-swasta untuk kebajikan haiwan.
Pencemaran Udara: Jabatan Alam Sekitar, Negeri Sembilan mengesahkan Pelanggaran Syarat EIA kepada pihak pemaju. Di kawasan sekitar Taman Bandar Senawang, penduduk mengalami pencemaran habuk yang melampau. Penduduk turut melaporkan peningkatan kes batuk dan asma yang berpuncadaripada aktiviti sebuah projek pembangunan yang disahkan gagal mematuhi syarat kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA). Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah mengeluarkan notis arahan di bawah Seksyen 31 dan 37 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 selepas siasatan mengesahkan pelanggaran tersebut. Pak Kam mempersoalkan sama ada pemantauan sebegini dilaksanakan secara proaktif untuk semua projek pembangunan baharu di Negeri Sembilan, bukan sekadar bertindak selepas penduduk mengadu — sebuah pendekatan yang selari dengan latar belakang profesional beliau dalam bidang keselamatan dan pematuhan industri.
