Amaran Sejak 2023:Haji Kamarol Ridzuan Bangkit Isu Pokok Tinggi Dan Jalan Rosak Sebelum Nyawa Melayang
PAROI — Sebelum tragedi berlaku, amaran sudah dibunyikan. Itulah realiti pahit yang terpaksa dihadapi mantan ADUN Paroi, Haji Kamarol Ridzuan Mohd Zain apabila isu pokok tinggi berisiko tumbang yang dibangkitkan beliau sejak Disember 2023 akhirnya membawa maut kepada seorang warga Paroi pada April 2024.
Menurut rekod Hansard, Haji Kamarol Ridzuan atau lebih mesra dengan panggilan, Pak Kam – telah memberi amaran mengenai keadaan Jalan Paroi-Senawang — yang dipenuhi lubang, banjir ketika hujan lebat, tanah runtuh serta pokok berisiko tumbang berhampiran Restoran Casa Lagenda — seawal sidang Disember 2023.
Isu pokok tinggi berisiko tumbang di Seremban Jaya, Paroi, Senawang dan Ampangan turut dibangkitkan semula sebanyak tiga kali dalam sidang November 2024 kerana tiada tindakan susulan dilihat, dengan kadar penyelenggaraan ketika itu baru mencecah 50 peratus.
Malangnya, pada 5 April 2024 — lebih setahun selepas amaran pertama — seorang lelaki berusia 48 tahun, meninggal dunia apabila keretanya dihempap pokok tumbang di Jalan Senawang-Paroi, Taman Rashidah Utama, Seremban. Tragedi ini kemudiannya turut disahkan mahkamah sebagai kecuaian pihak berkuasa tempatan (MBS) selepas siasatan dijalankan.
Rekod menunjukkan Pak Kam bukan sekadar bersuara sekali — beliau kembali membangkitkan isu yang sama berulang kali di Dewan sehingga tindakan sebenar diambil, membuktikan pendekatan “dari aduan ke tindakan” yang menjadi teras perjuangannya.
- K — Khidmat Masyarakat
- I — Infrastruktur & Kemudahan Awam
- T — Tekanan Kos Sara Hidup
- O — Oportuniti Ekonomi & Pekerjaan
- J — Jaminan Mengutamakan Rakyat
- A — Amanah & Integriti
- G — Generasi Muda & Keluarga
- O — Operasi & Perkhidmatan Setempat

- Betul Ke YB Paroi ‘Tak Nampak’? Ini 4 Daripada 5 Sidang DUN
- Safety Shield Rakyat Paroi: Bila 30 Tahun Kepakaran Keselamatan Bawa Isu Rakyat Ke Dewan
- Anjing Liar Serang — Kenapa Isu Ni Belum Selesai Juga?
- “Apa Orang Kata Tentang Sey?” — Kamarol Ridzuan Kongsi Testimoni Penduduk Paroi
- Kamarol Ridzuan Ranking #3/36 ADUN N9 — Belanja RM190 Ribu Sendiri Bantu Rakyat
- “Bom Jangka” Depan Rumah — Isu Pokok Tinggi Paroi-Senawang-Ampangan
- Tiga Hari Tanpa Air — YB Paroi Desak SAINS Jelaskan Tangki Rosak Taman Exora
- Kamarol Ridzuan Soal Keselamatan Kualiti Alam Sendayan Berhampiran Kawasan Padat Penduduk
- “Dah 2 Meninggal Kat Situ” — Amaran Pokok Tumbang Sejak 2023
- Kesesakan Taman Tuanku Jaafar Bertambah Teruk — Kamarol Ridzuan Cadang Kawalan Trafik Segera
- ADUN Paroi beri amaran awal risiko kemalangan:Jalan Persiaran Senawang 2 & Jalan Paroi–Senawang
- Haji Kamarol Ridzuan Persoal Isu Tanah Mendap, Cerun Runtuh Dan Pencemaran Udara