PAS Ucap Takziah Kepada Keluarga Mangsa Kemalangan LPT2
MARANG – Dewan Muslimat PAS Kawasan Marang mengucapkan takziah dan simpati kepada keluarga yang terbabit dengan Kemalangan tragis yang berlaku di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT2).
Menurut Ketua Lujjnah Kebajikannya Puan Hazezah Mohd Zin sebuah keluarga, mengorbankan enam sekeluarga, Kampung Durian Guling..“Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Kami doakan yang terbaik buat kesemua mangsa dan keluarga mereka,
“Kami doakan mereka tabah dan meneruskan hidup sebaiknya. Pasti ada hikmah disebalik setiap kejadian. Pada yang telah pergi, semoga roh mereka dicucuri rahmat Allah,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika menziarahi keluarga tersebut bersama Ahli Jawatankuasa Lujnah itu pada Isnin 12 Disember.
Sehubungan itu, Ibu mangsa walau dalam keadaan masih bersedih berkongsi kisah sedih pemergian mereka kepada para muslimat yang menziarahinya.
“Tiada siapa menduga penantian ahli keluarga perjalanan mereka dari Shah Alam ke Terengganu berakhir dengan tragedi,”katanya