NegeriTerengganu

Kem ‘Smart Muslim’ Didik Remaja Ikut Acuan Islam

Oleh : Khairul Nizam Abdullah

KUALA NERUS – PAS Terengganu terus mengorak langkah dalam mendidik anak bangsa dengan acuan Islam yang syumul bagi menghadapi cabaran alaf baru.

Dalam keadaan sistem pendidikan Malaysia yang tidak begitu menitik beratkan aspek agama sebagai pelindung diri dari asakan gejala sosial, maka PAS merasa terpanggil untuk mengisi kelompangan sistem ini menerusi Jabatan Pembangunan Remaja (WAJA).

‘Smart Kem Muslim‘, yang merupakan satu pogram tahunan yang diadakan setiap kali musim cuti persekolahan, adalah bagi membentuk jati diri remaja mengikut cara yang bertepatan dengan kaedah syariat.

WAJA dan AMEERAH kawasan Kuala Nerus telah berganding bahu bagi menggalas tanggungjawab yang berat ini .

Pogram yang diadakan di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail Telaga Batin dengan penyertaan seramai 79 orang remaja berumur diantara 14 hingga 17 tahun.

Menurut Pengarah Jabatan Pembangunan Remaja (WAJA) Terengganu, Ustaz Mohd Harun Isa, Pogram tersebut adalah untuk membina sahsiah para peserta untuk melahirkan generasi pelapis akan dating.

Katanya, para peserta juga diajar agar faham tuntutan Islam yang sebenar dan dapat menjadi kesinambungan penerus perjuangan untuk menegakkan Islam di bumi Malaysia ini.

“besarlah harapan saya supaya peserta-peserta Smart Kem ini akan menjadi generasi yang benar-benar berguna dan yang dapat meneruskan kerja-kerja yang ditinggalkan oleh nabi SAW,”kata beliau, yang juga merupkan Exco Dewan Pemuda PAS negeri Terengganu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Kem tersebut yang diadakan di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin, dekat sini.

Katanya, seramai 79 orang remaja berumur diantara 14 hingga 17 tahun pada kali ini, diisi dengan pelbagai aktiviti yang menarik.

Antaranya, kata beliau ialah, ‘Panji Al – Fateh’ dan ‘Running Iman’, modul bagi membentuk semangat setiakawan dan menguatkan jalinan ukhuwah, selain mengajar erti berdikari dan bertanggungjawab.

Salah seorang peserta Smart Kem, Sofiyyah Sobihah Zakaria, 16, dari Kampung Teluk Ketapang ketika ditemui berkata, beliau mendapat banyak pengalaman dari kem itu.

“saya begitu teruja untuk mengikuti setiap modul yang dijalankan….banyak yang saya belajar disini, selain mendapat ramai kawan, saya juga mendapat berbagai-bagai pengalaman,”katanya.

Rakan Sofiyyah, Nur Ain Nasuha Muda, 15, dari Kampung Batu Enam, berkata Kem itu memberikan semangat baru kepada beliau.

“selepas saya mengikuti Smart Kem ini, saya rasa bersemangat untuk memulakan sesi persekolahan pada tahun hadapan ….. semua tunjuk ajar dari fasilitator semua, insya Allah sayakan praktikkan dlm kehidupan,”jelasnya.

Fsilitator program, Hani Faqihah Halmi, 21, berkata Kem tersebut ini bukan sahaja memberi semangat dan kesedaran kepada peserta malahan juga turut menjadi pembakar jiwa dan semangat kepada fasilitator.

“dalam mendidik peserta bagi meneruskan kehidupan sebagai seorang pelajar yang berakhlak mulia dan berjiwa kental dalam menghadapi cabaran globanisasi hari ini,

“nasihat saya kepada adik-adik semua supaya lebih bersemangat dan istiqomah dalam mencapai sesuatu perkara agar mendapat rahmat dan keredhaan Allah SWT“.

Majlis penutup pogram Smart Kem 2016 telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Raja Arizal Raja Arif

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️