Kolam Air Teluk Kemang “Siap Tapi Rosak” — Ustaz Fatah Soal Kerajaan N9
Nota: Isu/cadangan ini dibangkitkan Ustaz Abdul Fatah Zakaria, ADUN Bagan Pinang, semasa menjalankan tugas rasmi sebagai wakil rakyat di sidang Dewan — direkodkan rasmi dalam Hansard, bukan tuduhan yang diungkit selepas tempoh perkhidmatan. Rekod berdasarkan Hansard setakat tarikh sidang berkenaan; sekiranya ada perkembangan/penyelesaian lanjut selepas itu, ia tertakluk kepada kenyataan terkini pihak berkuasa.
Dalam sidang November 2024, Ustaz Abdul Fatah Zakaria, ADUN Bagan Pinang, membangkitkan isu air dan kolam takungan yang terus membelenggu rakyat Port Dickson.
@ustazfatahzakaria
Isu Air : Kolam Takungan. Ucapan Perbahasan Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Kedua DUN kali ke-15 #UstazFatah #DUNBaganPinang #BaganPinangSejahtera
♫ original sound – USTAZ FATAH ZAKARIA
2 Projek Takungan Air Tertangguh
Beliau mendedahkan Kolam Air Teluk Kemang masih dalam pembinaan walaupun dijanjikan siap pada Julai 2024. Manakala Kolam Imbangan Bukit Permata Lukut nampak seperti sudah siap tetapi tidak berfungsi — infrastruktur seperti pagar dan tiang lampu telah rosak akibat kecurian. Beliau menyoal langkah kerajaan untuk memastikan isu ini diselesaikan dengan segera.
Sumber: Penyata Dewan (Hansard) rasmi DUN Negeri Sembilan, November 2024, ms 228.