NegeriTerengganu

32 Ekor Lembu, 23 Ekor Kambing Korban Di MDQ

Oleh : Ahmad Faizal Al Medaniey

MARANG – sebanyak 32 ekor lembu dan 23 ekor kambing berjaya diqurbankan pada majlis Qurban dan Aqiqah Perdana.

Program anjuran Maahad Darul Quran,Rusila itu telah dirasmikan Presiden PAS, YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Beliau yang juga Naib Ketua Kesatuan Ulamak Sedunia tiba diperkarangan Aspura Maahad tersebut kira-kira jam 9.50 pagi, pada hari Rabu 14 September lalu.

Pengarah program, Ustaz Syafizi Ismail ketika ditemui berkata, penyertaan tahun ini begitu menggalakkan berbanding sebwlumnya.

“Hasil qurban ini juga akan digunakan sebagai lauk harian pelajar-pelajar MDQ” ujarnya.

Tambah beliau lagi, diharap Kebersamaan ini dapat mengeratkan hubungan masyarakat luar dan MDQ.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada seluruh wargakerja yang terlibat termasuk para perserta yang mengambil bahagian dalam program tahunan kali ini”katanya.

Tambah beliau lagi, program seumpama ini akan diteruskan lagi pada tahun-tahun akan datang.

Turut hadir pada program tersebut Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Mudir Maahad Tuan Haji Mohd Yasin Salleh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️