10, 000 Mushaf Wakaf Diagihkan Kepada Rakyat Sudan
Sebanyak 10,000 naskah Al-Quran hasil sumbangan wakaf rakyat Malaysia berjaya diagihkan kepada mereka yang memerlukan di bumi Sudan.
Menurut Pengerusi Yayasan Amal Terengganu Dr Suhazeli Abdullah berkata, kempen mengumpulkan sumbangan ‘wakaf al-Quran’ dilancarkan sejak misi pertama ke negara Afrika itu.
Katanya ia bermula apabila anggota delegasi mendapati, para pelajar dipedalaman menggunakan ‘papan’ untuk mendalami ilmum kitab suci tersebut.
“Tarikan yang cukup membuat kami tergamam, dan memulakan skim wakaf al-Quran apabila mendapati tiada naskah,
“Mereka gunakan ‘Papan Selit Al-Quran yang dibuat dari kayu tempatan, dilakarkan bait-bait ayat sucimuntuk bacaan dan hafalan dikalangan masyarakat dan pelajar di Sudan,”ujarnya.
Rata-rata, kata beliau, mushaf tidak cukup bahkan tiada langsung, sehingga sekiranya ada, mereka terpaksa bergilir-gilir menggunakannya.
Justeru, pihak YAMCT memulakan kempen, yang berterusan sehingga hari ini.
“Papan selit inilah yang mereka gunakan bagi menggantikan musyhaf…….. selain teknik hafazan yang diamalkan, iaitu guru mengarahkan para murid menulis sendiri ayat bacaan masing-masing dan seterusnya menghafaz,
“selagi tidak fasih hafazan, selagi itu tidak boleh dipadamkan”kata ketua delegasi misi kemanusiaan Sudan YAMCT 2016 itu.
Oleh itu, setiap kali program korban dan aqiqah ke Sudan, YAMCT membuka tawaran skim wakaf naskah bagi menampung kekurangan musyhaf di kalangan rakyatnya.
Sehubungan itu, Pengarah Misi 2016, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang berterusan menghulurkan bantuan.
“Pada misi kali ini, sebanyak 10,000 naskah Al Quran hasil sumbangan wakaf rakyat Malaysia diedarkan.
“Semoga dengan sumbangan wakaf ini dapat membantu mereka meningkatkan lagi kualiti pembelajaran,”katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyerahkan amanah mengagih mushaf itu kepada Yayasan Ehsan, sebuah NGO tempatan.