NegeriTerengganu

Konvoi Jalan Darat Ke Kemboja; Nisa’ Bersyukur Diberi Peluang

Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Nisa’ merasa bertuah kerana diberikan peluang dan diizinkan Allah bersama Konvoi Misi Korban Ke Kemboja.

Ketua rombongannya Wan Norseha Wan Ibrahim berkata, tahun ini jauh berbeza dengan misi yang beliau sertai pada tahun lepas, beliau menaiki kenderaan awam.

“Alhamdulillah syukur kepada Allah, Nisa’ berpeluang meneruskan Misi Korban Ke Kemboja pada tahun 2016 ini.

“Rombongan kali ini bersama NGO PACU sepertimana tahun-tahun lepas. Turut serta tahun ini Konvoi bersama 4×4 (PASAK, GESEK, REMPUH),

“Jauh perjalanan, luas pemandangan. Misi kali ini diuji dengan pengalaman yang berbeza dengan tahun-tahun lepas,”ujarnya ketika dihubungi.

Menurutnya, jangkaan ketibaan ketibaan di negara tersebut tidak dapat menepati sasaran apabila mereka diduga dengan ujian pertama, selepas beberapa jam melepasi sempadan Thailand.

“perjalanan kami yang dijadualkan tiba pada 10 September 2016 telah diheret masa kerana ujian di pertengahan jalan, van rosak diganti van baru, van baru diganti tayar,

“Yang terakhir, kenderaan konvoi tersekat di sempadan Thailand-Kemboja …..tapi Alhamdulillah, kamimdapat menyambut Eidul Adha di Pnnom Penh,”jelasnya

Namun begitu, beliau berkata, pengalaman mematangkan permusafiran beliau dan tiga anggota Nisa’ yang bersama konvoi empat roda itu.

Katanya, sudah menjadi lumrah sebagai sukarelawan badan kebajikan, tidak lekang daripada ujian dan mehnah.

Justeru beliau berharap dapat menyampaikan amanah yang telah diwakilkan kepada mereka, kepada saudara seIslam di Kemboja.

“Harapan kami semoga Misi kami berjaya tiba di Kemboja dan pulang dengan selamat serta berpeluang menyampaikan harapan mereka yang mewakilkan kami untuk korban buat warga Kemboja”

“Iringan doa kalian amat kami harapkan,”tambah beliau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️