NegeriTerengganu

Yayasan Amal Terengganu Teruskan Komitmen Membantu Umat Islam

KUALA NERUS – Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu (YAMCT) mengucapkan terima kasih keatas sokongan berterusan yang diberikan oleh orang ramai khususnya rakyat negeri Terengganu dan Malaysia amnya.

Pengerusinya Dr.Suhazeli Abdullah berkata, antara program yang berjaya dilaksanakan pada bulan Ramadhan yang lalu adalah kempen derma darah dan siri jelajah penerangan tentang kehidupan umat Islam di Gaza.

“saya ucap terim kasih kepada semua pihak, antara program yang berjaya kita laksanakan adalah kempen derma darah yang mana kita relah dapat kumpulkan sebanyak 88 beg sepanjang Ramadan,

“selain itu ita berjaya mengadakan siri jelajah peneranga tentang umat Islam di Gaza dan kita berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM130,000,”ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pihak media sempena Rumah Terbuka yag diadakan di perkarangan pejabat YAMCT pada Sabtu 22 Julai.Katanya, selepas hari raya ini satu delegasi akan berlepas ke Kemboja melaksanakan program ‘Khatan Nusantara’ dan Misi Korban dan Aqiqah di negara Sudan akan diadakan pada pada hari raya korban nanti.

“in sha Allah pada 5 hingga 8hb Ogos kita akan ke Kemboja dan akan melaksanakan satu program yang dinamaka sebagai ‘Khatan Nusantara’, disana kita akan ‘mengkhatan’ kira-kira 300 orang anak-anak Kemboja,

“program tahun ke empat Misi Korban dan Akikah di Kasala dan Gardarif, Sudan akan dibuat pada hari raya korban nanti dan kita menyeru orang ramai untuk bersama-sama melakukakan ibadah dengan menyertai bahagian-bahagian korban yang sedang kita edarkan borangnya sekarang,”jelasnya.

Pada tahun lalu, kata beliau sebanyak 400 ekor lembu dan 600 ekor kambing telah disembelih dan dagingnya diagih-agihkan kepada para pelarian dan orang-orang miskin di sana.

Beliau berharap orang ramai tidak melepaskan oeluang untuk ‘berkorban’ bersama YAMCT pada tahun ini dan dengan itu dapat ditambah jumlah daging korban yang akan disumbangkan kepada mangsa-mangsa perang.Dua Misi 2016 Yayasan Amal Terengganu Akan Bantu Pelarian Syria di Turki dan Jordan

Sehubungan itu, satu program berkembar memziarahi dan membantu nak-anak yatim manngsa perang Syria akan diadakan bersekali dengan Misi Korban.

Pengarahnya Cikgu Fauzi Abu Samah berkata, Misi ke sempadan Turki bagi membantu pelarian Syria akan bermula selepas Program Korban dan Akikah di Sudan.

“misi kita akan diteruskan ke Turki dan kita jangka akan sampai disana pada 15hb September, dan terus ke kawasan kem pelarian di Antakya dan melawat kem-kem pelarian yang betul-betul bersempadan dengan Syria,

“kita juga akan melawat sekolah-sekolah khusus untuk anak-anak yatim yang akankita bantu pembangunannya,”katanya.

Selain itu, kata beliau, YAMCT akan terus menyalurkan nantuan kepada kem-kem pelarian di Mafraq dan Irbit di Jordan.

Untuk tujuan itu, katanya, satu Misi Musim Sejuk akan digerakkan pada bulan Disember pada saat para pelarian mengahadapi saat cuaca dingin melampau.

“pengalaman kita……..kita yang duduk dalam ‘hostel’ (penginapan) pun sudah merasa dingin dalam musim sejuk……..apatah lagi mereka yang tinggal di khemah-khemah pelarian,

“jadi kita pergi untuk membantu mereka membeli selimut, alat pemanas dan lain-lain keperluan menghadapi cuaca dingin itu,”jelas beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️