NegeriTerengganu

Lebih 3,000 Kunjungi Jamuan Hari Raya Idul Fitri PAS DUN Kemasik

Oleh : Mohd Tishaah

KEMAMAN – Keceriaan dan ikatan ukhuwwah jelas terpancar dari raut wajah para pengunjung di Jamuan Hari Raya Idul Fitri anjuran PAS DUN Kemasik pada hari ini, 23hb Julai 2016 di perkarangan Surau Feri, Kemasik, Kemaman.

Seawal jam 11.00 pagi para tetamu dari pelbagai lapisan masyarakat telah mula menjamu selera.

Pengarah PAS DUN Kemasik, Amri Mamat memaklumkan pelbagai juadah disediakan dengan konsep gotong royong dari kesemua PAS Cawangan yang berada dalam DUN Kemasik.

Antara juadah yang paling mendapat sambutan adalah nasi minyak bersama gulai kambing, ketupat, lemang dan rendang ayam.

Ketua Pemuda PAS DUN kemasik, Ir. Saiful Azmi Suhaili (Gambar) turut menyampaikan duit raya dan ais krim untuk kanak – kanak.

Para pengunjung juga bertanya khabar berkenaan situasi semasa politik di Terengganu ini khasnya dan ada yang meluahkan ketidakpuasan dengan kelemahan pentadbiran UMNO/BN yang diketuai oleh Menteri Besar, Encik Ahmad Razif Abdul Rahman.

Keluh kesah juga kedengaran berkenaan kutipan tol di LPT2 yang amat membebankan dan perbelanjaan Kerajaan Negeri sebanyak RM1.8 billion dimana sesen pun tidak membawa manafaat kepada rakyat Terengganu ini.

Turut sama hadir memeriahkan jamuan ialah Yang DiPertua PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Alias Abdul Hamid, ADUN Chukai, YB Haji Hanafiah Mat, Timbalan YDP, Ustaz Nik Mohd Nasri Nik Malik, Naib YDP, Haji Zulkifli Mat Yakim, Setiausaha, Mohd Hafiz Adam dan Penolong Setiausaha, Hj Wahab Mohd dan Hj Othman Abdullah serta AJK, saudara Zawawi Mohd.

Pengunjung juga dihidangkan dengan tapai beras serta pelbagai jenis kuih muih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

πŸ“± πŸ“˜ 🐦 ✈️