Laluan Bauksit Yang Rosak Belum Dibaiki
KEMAMAN – Sampai bila rakyat menunggu untuk merasai jalan raya yang cantik dan selamat meski pun operasi bauksit telah berhenti sejak 10 bulan lalu.
Ahki Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai Haji Hanfiah Mat berkata, jalan yang rosak kerana ‘dilanyak’ oleh lori mengangkut galian itu masih belum dibaiki.
“Selepas mendapat aduan dari orang ramai, saya datang ke sini dan mendapati mendapati jalan hanya ditambun dengan batu kisaran sahaja.
“Malang nya air hujan menghakis batu tersebut dan menghasilkan lopak air yang bolih mendatangkan bahaya kepada penggunanya,”ujarnya.
Beliaum berkata demikian ketika ditemui di jalan utama Neram dari Bukit Goh, yang menjadi laluan ‘lori bauksit’ untuk ke pelabuhan Kemaman.
Beliau berharap orang ramai yang menunggang motosikal berhati-hati melalui jalan itu.
Katanya, kerajaan yang mengutip hasil cukai bauksit itu boleh mengambil tidakan segera, sekurang-kurangnya menampal jalan itu dengan sempurna.
“Rakyat marhaen dan pelajar sekolah, harap berwaspada………..kalau tak hujan, selain jalan merbahaya, habuk batu kisaran boleh mendatangkan masalah,
“sepatutnya kerajaan pusat bolen menyelesaikan kes masalah ini dengan segera memandangkan ianya tidak memerlukan peruntukan yg besar,”katanya.