NegeriTerengganu

Hari Guru Eratkan Hubungan

KUALA TERENGGANU – Hari Guru yang disambut pada 16 Mei dua hari lalu, telah mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara pelbagai lapisan masyarakat dengan para pendidik.

Di Kemaman, PAS Kawasan itu melalui Jabatan Kerajaan, Swasta dan NGO (JKS) meraikannya dengan mengunjungi tiga buah sekolah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal .

Pengerusi JKS, Ir. Saiful Azmi Suhaili berkata, antara objektif lawatan ialah untuk mempereratkan hubungan kemasyarakatan antara PAS dengan warga pendidik.

Sekolah terbabit ialah, Sekolah Menengah Kebangsaan Kijal, Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Kuang dan Sekolah Rendah Kebangsaan Ibok menerima kedatangan rombongan tersebut dengan hati yang terbuka.

Turut menyertai rombongan ialah Ustaz Hazri Jusoh, Pengarah PAS DUN Kijal, Haji Wahab Ahmad, Setiausaha dan Zawawi Mohamed, Ahli Jawatankuasa PAS DUN.

Di Kuala Nerus, Majlis Tindakan DUN (MTD) Seberang  Takir berkesempatan mngunjungi dua buah sekolah menengah dan lima sekolah rendah serta empat PASTI dalam DUN tersebut.

Pengerusi MTD Ustaz Zakaria Dagang berkata, sambutan Hari Guru adalah untuk semua rakyat menghargai jasa guru.

“Hari Guru adalah untuk diraikan oleh semua pihak, yang menghargai jasa para pendidik, bukan hanya untuk parti tertentu sahaja atau untuk sekolah dan institusi tertentu sahaja,

“amatlah tidak wajar mana-mana pihak menyekat kegembiraan para guru pada Hari Guru, sehingga dilaporkan tidak boleh menerima hadiah atau pemberian kek tanda penghargaan,”ujar beliau yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu.

Sementara itu di Setiu, Sekolah Agama dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ibrahim telah menerima kunjungan oleh PAS Kawasan Setiu bersempena dengan sambutan Hari Guru.

Menurut Yang Dipertuanya, Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir, ia adalah penghargaan kerana sumbangan dan jasa guru terhadap masyarakat.

“hari ini kita meraikan Hari Guru yang turut di adakan di semua DUN…Selamat Hari Guru…..ini adalah antara sumbangan kita terhadap penjawat awam bukan sekadar kepada golongan pendidik,

“tetapi bagi semua penjawat awam kita raikan termasuk Hari Polis,Hari Jururawat pada Khamis lepas sebagai tanda terima kasih kita kepada mereka,”jelasnya.

Sumbangan kek telah di terima oleh Pengetua Sekolah Agama Setiu, Cik Aminudin bin Jusoh dan Haji Abdullah Md Nor di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ibrahim, yang terkejut dan terharu dengan ingatan yang diberikan kepada mereka, golongan pendidik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️