Ubah Pemikiran Masyarakat Dengan Lemah Lembut dan Informasi Yang Tepat
KUALA TERENGGANU – Dewan Muslimat Negeri Terengganu akan menggerakkan 100 ejen perubah masyarakat dengan ‘lemah lembut’ dan informasi yang tepat.
Ketua Penerangannya Puan Maznah Muftahuddin berkata, misi mereka adalah jntuk memberitahu kezaliman yang telah dilakukan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak lagi relevan di negeri dan negara ini.
“tanggungjawab kita sebagai ejen penerangan, sebagai tenaga kempen, sebagai perayu undi, untuk turun ke dalam masyarakat,
“dan akan merubah persepsi rakyat dengan isu-isu yang ada, dengan berlemah lembut dan informasi yang tepat,”tegasnya.
Beliau berkata demikian dihadapan 100 peserta Bengkel Pengolahan Isu yang diadakan di Dewan Darussyifa Kuala Ibai, di sini pada Rabu 18 Mei.
Hadir dan membentangkan isu-isu terkini negeri Terengganu pada program tersebut ialah Ketua Penerangan PAS, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah.
Turut sama dalam program itu ialah Bendahari Dewan Muslimat PAS Malaysia Dr. Che Faridah Ismail dan Ketua Ameerah Terengganu Puan Zuraida Mohd Nor.
Sehubungan itu, Puan Maznah menyeru para Muslimat agar memantapkan kefahaman tentang isu-isu yang bannyak, yang sedang berlaku dipersekitaran.
Menurutnya, para da’ie Muslimat perlu memberikan peringatan berterusan kepada orang ramai kerana sebahagian daripada mereka tidak menyedari kesan dari perlaksanaan dasar-dasar kerajaan Umno-BN yang menyusahkan rakyat.
“kita perlu amiaikan isu-isu yang menyentuh hati mad’u (dan) sasaran kerana masyarakat tidak mendapat sumber yang tepat,
“tapi bila berlaku isu seperti (contohnya) GST, kesannya kepada kos sara hidup, harga barang (naik) tinggi……….barulah barulah mereka terasa kesannya,”jelas beliau.