NegeriTerengganu

Kelantan Umpama Sebuah ‘Universiti Politik’

MARANG – Kejayaan PAS Kelantan mengekalkan kemenangan sejak lebih 25 tahun lalu, menjadi model kepada setiap pejuang yang mencintai sebuah pemerintahan Islam dan dianggap sebagai ‘sebuah universiti politik terbuka’.

Justeru itu, Ahli Jawatankuasa Muslimat Dewan Undangan Negeri(DUN) Rhu Rendang  menganjurkan Lawatan Ilmu ke Darul Naim itu untuk mengetahui rahsia kekuatannya.

Naib Ketuanya Samsiah Mokhtar berkata, banyak yang dipelajari dari ziarah tersebut yang berlangsung selama sehari pada Sabtu, 14 Mei.

“Tujuan Lawatan Ilmu ini adalah untuk mempelajari rahsia kejayaan PAS Kelantan yang berjaya mengekalkan kemenangan dari tahun 1990 sehingga sekarang,

“alhamdulillah……….banyak ilmu yang diperoleh dan saya ucapkan ribuan terima kasih terutamanya Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri,”ujarnya.

Katanya, taklimat berkait pentadbiran kerajaan negeri dan usaha-usaha yang dbuat mengekalkan kemenangan saangat membantu petugas Muslimat Rhu Rendang itu.

“Rombongan kami tiba di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan yang di sambut oleh PegawaiUrusetia Penerangan Negeri juga ADUN Tanjung Mas YB Puan Rohani Ibrahim,

“Kami di beri taklimat tentang pentadbiran kerajaan negeri dan sesi soal jawab tentang usaha yang dilakukan bagi mengekalkan pemerintahan Kelantan  dibawah PAS,”jelasnya

Rombongan seramai 80 orang yang terdiri daripada AJK Muslimat DUN dan AJK Muslimat cawangan-cawangan dalam DUN Rhu Rendang turut mengambil kesempatan menziarahi makam Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️