PAS Akan Bertanding Semua Kerusi Sekiranya Berlaku PRN Terengganu
SHAH ALAM – PAS akan meletakkan calon di semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu sekiranya berlaku pilihan raya negeri (PRN) Terengganu.
Pesuruhjayanya YB Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata PAS sudah membuat persedian bagi menghadapi samada PRN atau pilihan raya umum kali ke-14 (PRU-14) akan datang.
“Saya tak kata (ada) pilihan raya kecil, (tapi) kebarangkalian tu ada, jadi kita sebagai Badan Perhubungan PAS Negeri, kita buat persediaan lah (menghadapi) apa-apa yang berlaku,
“samada pilihanraya kecil ataupun apa (PRU-14).”jelasnya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Makan Malam Amal anjuran BPPNT dengan kerjasama Persatuan Anak-anak Terengganu di Perantauan (PERANTAU) di sini semalam.
Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah memberikan ucap utama pada makan malam yang telah berjaya menjual 110 buah meja itu.
Turut hadir ialah anggota Dewan Harian BPPNT dan wakil-wakil rakyat PAS Terengganu.
Sehubungan itu, ADUN Paka itu yakin PAS akan meningkatkan kemenangan dan menambah jumlah kerusi samada dalam PRN atau PRU-14 akan datang.
Katanya, pertembungan sebenar sejak dari dahulu, dalam politik Terengganu adalah diantara PAS dan Umno.
Oleh kerana itu, PAS bersedia meletakkan calon untuk 32 DUN dan lapan kawasan Parlimen pada kali ini.
https://youtu.be/TArNds07sxc