Tunjukkan ‘Corak Indah’ Pendakwah
Oleh – Nasrun
HULU TERENGGANU – Kelab pacuan empat roda ‘PAHAT 4×4’ (Kelab Pahat) bersama Skuad Cakna Masyarakat (SCM) Hulu Terengganu, kominted membantu warga daerah ini, yang kurang berkemampuan dan kurang bernasib baik.
Pada setaip hujung minggu, pasti ada likasi yang menjadi destinasi kunjungan mereka, menyelami kehidupan rakyat marhaen.
Jumaat lalu 22 April, ahli kelab Pahat dan SCM menyantuni penduduk yang kesempitan hidup di sekitar mukim Tersat, khususnya Kampung Kemat, disini.
Ianya bertujuan mendengar keluhan warga sekitar yang rata-rata bergantung hidup dengan kerja kampung.
Pelbagai bahan dapur juga turut diagihkan bagi meringankan beban mereka.
Turut bersama rombongan tersebut ialah Ketua Dewan Pemuda PAS negeri Terengganu Ustaz Kamaruzaman Abdullah, yang merupakan penasihat SCM.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Hulu Terenganu mengucapkan terima kasih kepada angota PAHAT yang berjaya melaksanakan misi tersebut.
“PAHAT berjaya mengumpul bahan sumbangan dan bersama merasai jerih payah mayarakat. Kita berharap usaha ini tidak hanya terhenti disini.
“dakwah kita kepada masyarakat perlu dipelbagaikan sehingga kita akan melihat nanti masyakat berbondong-bondong menerima Islam kerana corak-corak yang indah ditunjukkan oleh pendakwah,”ujarnya.