PAS Akan Jana Hasil Pelbagai Sumber, Jika Diberi Mandat Memerintah Terengganu
KUALA TERENGGANU – Dengan sumber alam semulajadi yang banyak, tidak ada masalah kepada PAS untuk mentadbir negeri Terengganu, sekiranya diberi mandat oleh rakyat pada pilihan raya umum yang akan datang.
Menurut Timbalan Pesuruhjayanya YB Dr. Alias Razak, selain aktiviti ekenomi sedia ada, sumber-sumber baru yang Allah anugerahkan kepada dapat ditingkatkan nilai tambah, menjana pendapatan dan peluang pekerjaan.
“Saya cukup yakin dengan sumber-sumber baru yang Allah anugerahkan kepada Terengganu ini, ia sangat memberi suatu jaminan, keyakinan kepada kita (dan) kita boleh memajukan industri yang ada”
“ada yang baru, industri silika, tapi malangnya silika sama seperti bijih besi dieksport secara mentah. Sudah tentu hasil kepada kerajaan negeri sangat kecil.
“Tapi kita boleh ubah membuat sesuatu peraturan yang mesti kita ‘end product’ (produk akhir), nilai akan bertambah dan membuka peluang pekerjaan yang lebih baik,”jelasnya.
Dengang usaha itu, kata beliau, kerajaan dapat menangani masalah hasil negeri walaupun tanpa bergantung sepenuhnya kepada sumber petroleum, sebagaimana keadaan sekarang.
Beliau berkata demikian ketika berucap bagi penutup program Wacana Ekonomi Ekonomi yang diadakan di seuah hotel, di sini pada Selasa 26 April.
Katannya, orang-orang Terengganu telah terkenal sejak sekian sebagai para pelayar dan melaksanakan akitiviti perkapalan.
Namun, para pakar yang ada dalam industri terbabit, tidak dimanfaatkan secara ‘optima’ oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).
“industry pelayaran ini, dapat kita tingkatkan kerana Terengganu terkenal dengan pelayar dan pelayaran (seperti di) Pulau Duyong. Pakar-pakar masih ada lagi, tidak digunakan sepenuhnya oleh kerajaan negeri,
“pakar-pakar yang ada, ini juga boleh membuka peluang pekerjaan kepada pendudk tempatan,”ujarnya.
Justeru itu katanya, PAS akan meletakkan asas penting dalam manifesto untu pilihan raya umum akan datang iaitu memasukkan unsur agama bagi mewujudkan insan yang berkualiti.
“Manifesto kita yang akan datang, kita letakkan benda yang asas, penting. Kita mesti masukkan unsur agama. Kita nak mewujudkan insan yang berkualiti yang memahami tasawwur Islam dan syariat,
“tiap setiap sektor pengurusan kerajaan mesti difahamkan Islam dulu, tahu dosa dan pahala. Baru boleh mewujudkan mereka yang layak untuk menguruskan Terengganu Darul Iman,”tegasnya.
Ia adalah kerana, katanya, soal melaksanakan kerja dalam Islam merupakan amanah Allah, yang berkait dengan dosa dan pahala.
“Biar semua sedar. Terengganu ini semua pegawai (faham) Islam. Supaya mereka faham bahawa pentingya Islam dan ini sebagai nilai tambah untuk memudahkan kita memajukan negeri kita,”tambah beliau.
https://youtu.be/fuwh3fDXwCk