NegeriTerengganu

Tok Guru Rasmi Tukun Di Laut Merchang

MARANG -mKesibukkan masa dan tugas seorang pemimpin parti gerakan Islam PAS tidak menjadi halangan demi kepentingan rakyat yang dicintainya.

Sehari sebelum berangkat ke Sarawak bagi menyertai hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11, Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang masih sempat ‘mencuri’ masa turun ke laut.

Beliau telah merasmikan kawasan tukun dan di Lek Laut Tukun Mat Ali, kira-kira tiga kilometer dari pantai di laut Merchang, Marang.

Aktiviti cabaran mencandat dan memancing bersama Tok Guru itu diadakan sempena Himpunan NGO’s Parlimen Marang 2016, di Kampung Pasir Putih, Merchang pada 22 dan 23 April lalu.

Sebelum turun ke laut itu, Ustaz Abdul Hadi turut menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Lama Merchang dan merasmikan himpunan tersebut.

Pengarah program, Cikgu Mohd Deraman berkata konsep dan matlamat Himpunan NGO’s Kawasan Marang merupakan suatu himpunan pimpinan dari ahli-ahli NGO’s yang mewakili pelbagai segmen jabatan kerajaan, swasta serta masyarakat.

Katanya, matlamat utama ialah saling mengenali antara satu sama lain melalui kepimpinan dan peranan serta sumbangan utama setiap NGO’s.

“Kedua membina jaringan kerjasama dan pemuafakatan berasaskan kepentingan bersama.

“Ketiga, merangka pelan gerak kerja secara bersepadu melalui pendekatan milik dan dokongan bersama sesuatu program atau aktiviti yang dilaksanakan demi pencapaian hasil yang berganda.

“Dan ketiga, meneroka medan atau gelanggang perjuangan untuk pengislahan dan peningkatan kualiti serta kesejahteraan hidup berasaskan amar ma’aruf nahi munkar.” Ujarnya.

Justeru itu, katanya sejumlah lebih 10 buah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang menyertai gabungan tersebut.

Antaranya, kata beliau NGO Sukarelawan Pendidikan Rakyat (Kawan), Kesatuan Kebajikan Nelayan Marang (KKNM), Kesatuan Pengguna Marang (KPM), Himpunan Imam Bilal Kawasan Marang (Hisbi), Kesatuan Seni Silat Warisan Marang, We Care Marang, Nisa’ Kawasan Marang, Geng Waja Kawasan Marang, Sahabat Care Marang dan Pasak 4×4 Adventure Marang.

Tinjauan mendapati pelbagai acara disediakan sempena himpunan tersebut seperti jamuan rakyat, persembahan seni silat warisan, cabaran mencandat dan memancing, bola sepak pantai, pertandingan karaoke lagu-lagu ketuhanan, demontrasi masakan tradisional, dialog pengguna, pemeriksaan kesihatan dan rawatan as-Syifa’.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️