NegeriTerengganu

Skuad Khidmat Mujahidah Sedia Menggempur

HULU TERENGGANU – Lajnah kebajikan dan Kemayarakatan Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu (DMPNT) terun melangkah ke hadapan dengan pelancaran ‘Skuad Khidmat’ nya dalam usaha membawa PAS ke tengah-tengah medan masyarakat.

Skuad khidmat ‘Mujahidah’ tersebut dengan rasminya ditubuh dan dilancarkan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridan Salleh.

Komandannya Puan Azizah Mahmood mengucapkan terima kasih atas kepercayaan ‘Jamaah’ melantik beliau menerajui agensi terbaru PAS Terengganu itu.

“saya amat berterima kasih kepada Ustazah Nuridah yang sudi melancarkan skuad ini dan penghargaan yang tidak terhingga kepada Presiden PAS,

“apabila Tuan Guru memeriksa perbarisan dan membuat ‘lintas hormat’,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pelancaran yang diadakan bersempena Himpunan Muslimat Terengganu (HIMMAT 2.0) yang berlangsung di Dataran Itqan al-Muluk di Kampung Gaung, di sini pada Sabtu 26 Mac.

Menurutnya, gagasan yang dibawa oleh skuad itu adalah bersandarkan pada tiga objektif penting iaitu mahu memperkasa tenaga kerja kebajikan Muslimat ke semua peringkat.

“selain itu, kita harap ia akan meningkatkan gerakkerja khidmat masyarakat di seluruh negeri Terengganu dan dapat mengeratkan hubungan ukhwah antara Muslimat dan masyarakat.

“Kesemua tiga elemen ini penting bagi Muslimat membentuk skuad khidmat yang mantap dan berstrategi,”jelasnya.

Katanya, kesemua lapan kawasan parlimen, setiap satunya mempunyai kekuatan 50 orang anggota yang terlatih dan bersedia untuk ‘menggempur’ dengan menawarkan khidmat kebajikan kepada masyarakat di luar sana.

Beliau menegaskan, skuad itu akan memberikan khidmat kepada sesiapa sahaja yang memerlukan tanpa mengira kaum, status kehidupan dan latar belakang politik.

“Sebagaimana harapan ketua muslimat negeri Terengganu……….. muslimat dan kerja kebajikan adalah ibarat irama dan lagu , tidak boleh dipisahkan,

“dan dengan skuad ini kita amat yakin untuk terus menarik lebih ramai orang menyokon PAS,”tambahnya.

Beliau berkata, setiap kawasan telah di amanahkan ketua masing-masing untuk menyediakan dan melaksanakan tugasan skuad khidmat sekurang-sekurangnya sebulan sekali sebagaimana moto ” 1 Khidmat. 1 Dun. 1 Bulan”.

Katanya, khidmat yang akan ditawarkan termasuk kerja kerja kebajikan contohnya gotong royong untuk kenduri kendara , gotong royong untuk golongan Moswa di samping mrnenuhi keperluan khidmat kebajikan lainnya.

Ikrar beliau, “Kami skuad khidmat muslimat PAS dengan ini bersatu hati dan taat kepada pucuk pimpinan ke arah menjadikan skuad ini sebagai jambatan untuk memastikan PAS menjadi pelopor dalam melaksanakan tanggungjawab kepada masyarakat dan dekat di hati !,”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️