NegeriTerengganu

Tidak Bercakap Benar; PAS Wajar Putuskan Hubungan Dengan DAP

SETIU – Tindakan PAS memutuskan hubungan dengan DAP adalah wajar, kerana parti itu tidak bercakap benar tentang Enakmen Jenayah Syariah, Hudud dan Qisas.

Menurut Naib Presiden PAS Dato, Mohb Amar Abdullah, ‘tipu daya’ yang dilakukan oleh DAP itu menyebabkan sesetengah ahli percaya dan ada yang meninggalkan PAS.

“Orang tak tahu ‘barang lagu ni’, orang tuduh kita tak bincang dengan DAP, tak berunding dengan DAP (tentang enakmen jenayah syariah),

“ambo empat kali (jadi) wakil parti, (wakil) kerajaan (Kelantan) (al-Marhum) Tok Guru Nik Aziz arah (saya),masa tu (untuk pergi berbincang),” katanya.

Beliau menjelaskan demimian ketika memyampaikan ceramah di kampung Pancur Kuin, Batu Rakit, dekat sini pada Jumaat 25 Mac.

Oleh itu, Timbalan Menteri Besar Kelantan itu mengharapkan agar, ahli PAS terus wala’ kepada pimpinan dengan meletakkan kepercayaan yang tinggi bersama politik matang dan sejahtera yang sedang di bawa.

Beliau berkata, setiap anggota parti perlu terus istiqamah, ikhlas dalam berjuang, wala, percaya serta berkeyakinan yang tinggi kepada pimpinan dalam apa jua keputusan dan strategi yang di putuskan oleh parti.

“kena istiqamah, orang kata nak berbaik ngan Umno, nak ber’UG’ ngan Umno………jelas parti putus dah, muktamar putus, majlis syura putus, PAS tak akan masuk Umno, kena faham…….

“masuk Umno, bergabung ngan Umno, masuk BN tidak sekali-kali, itu kena faham molek,” tegasnya.

Terdahulu, Timbalan Pesuruhjaya (I) PAS Terengganu, YB Dr Alias Abd Razak menjelaskan apa yang berlaku pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang baru lalu.

Menurutnya, adalah suatu perkara yang pelik apabila usul undi tidak percaya kepada Menteri Besar Umnoy di bawa oleh ADUN Kijal, yang merupakan ahli Umno dan juga mantan Pngerusi Perhubungan Umno Terengganu.

Katanya, ia membuktikan Umno Terengganu sedang mengalami perpecahan yang amat ‘parah’

“isu-isu yang berlaku baru ni memang satu perkara yang kita tidak di maklumkan awal dan tidak di bincang, jadi jangan nak tuduh kita berpakat dengan Umno………..tidak ada berpakat pun,”katanya.

Beliau melahirkan rasa kesal kerana banyak isu dan soalan yang tidak di jawab dan dijawab dengan jelas termasuk isu Taman Solar di Taman Perindustrian Sungai Bari, Langkap, bernilai RM40 juta.

Menurutnya, projek tersebut jelas membazir dan merugikan rakyat, kerana ia sehingga kini, elektrik yang dihasilkan tidak dsaurkan ke mana-mana.

Turut menyampaikan ucapan ialah Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Setiu Dr. Azman Ibrahim.

Beliau melahirkan hasrat agar para aktivis PAS dapat menarik sokongan melalui program kebajikan yang di adakan secara berkala.

“saya harap orang muda Batu Rakit ni, cuba kita banci orang yang boleh kita hulur bantuan secara bulanan walaupun sekadar dua kilo gula,

“yang mungkin besar bagi mereka yang memerlukan dengan kemampuan yang kita ada,” katanya yang juga merupakan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Negeri.

Majlis penerangan pada malam itu turut memberi penghargaan buat tokoh pemuda DUN Batu Rakit yang istiqamah, iaitu Ustaz Mohd Saufi Ismail.

Turut hadir pada ceramah yang diadakan sempena program Himpunan Pemuda DUN Batu Rakit (MEMBARA) yang di adakan Pengerusi Dun Batu Rakit Ustaz Mohamad Nazari Alias

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️