NegeriTerengganu

3,000 Muslimat Dijangka Hadiri HIMMAT

Oleh : Che Ana

KUALA NERUS – Himpunan Muslimat Terengganu (HIMMAT 2.0) yang akan berlangsung sehari lagi bakal menjadi pembakar semangat kepada seluruh muslimat di tanah air.

Timbalan Ketua Dewan Muslimat Kuala Nerus, Tuan Roslina Tuan Sulaiman menyeru agar semua muslimat dapat hadir ke Program yang akan di adakan di Kampung Gaung Kuala Berang pada Sabtu ini, 26 Mac.

“HIMMAT 2.0 adalah satu Himpunan yang sangat bermakna untuk kita terus bangkitkan Istiqamah dan semarakkan kemenangan Islam di Negeri Terengganu melalui pilihan raya kali ke-14 (PRU-14) nanti.

“Saya juga berharap semoga muslimat di semua peringkat bersedia mengorbankan masa satu hari untuk kita mencapai sasaran kehadiran 3,000 petugas muslimat seluruh Terengganu,”ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Terengganu berkata pengisian program HIMMAT 2.0 sangat bermanfaat dalam Muslimat mempersiapkan diri menghadapi tempoh persediaan menghadapi PRU akan datang.

Katanya seramai 360 orang peserta dari kawasan Kuala Nerus dijangka menyertai himpunan tersebut

“Seramai 180 orang dari DUN Teluk Pasu, 80 orang dari DUN Tepoh, 40 dari DUN Seberng Takir dan 60 orang dari DUN Bukit Tunggal,

“In sha Allah sudah bersedia untuk menyertainya,”jelasnya, mewakili Ketuannya Puan Jamilah Jusoh.

Katanya, Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan merasmikan HIMMAT 2.0 bersama Ketau Dewan Muslimat PAS Malaysia Ustazah Nuridah Salleh dan Ketua Muslimat PAS Negeri Terengganu, Cikgu Safinah Jusoh.

Beliau turut mengucapkan selamat berhimpun kepada semua Muslimat dan semoga selamat pergi dan pulang dengan selamat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️