NegeriTerengganu

Haji Wahid Tunjuk ‘Skill’

Oleh : Azizah Mahmood

KUALA TERENGGANU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam Haji Mohd Abdul Wahid Endut, menunjukkan bakat (skill) terpendamnya dengan merembat bola ke pintu gol.

Gelagat beliau dirakam ketika ‘turun padang’ bersama Penyelaras Pemuda DUN (PPD) terbabit, dalam program Jelajah Orang Muda Siri Satu.

Ketuanya Nizam Salleh berkata, pihaknya menjadi jambatan antara Yang Berhormat melaksanakan khidmat sebagai wakil rakyat kepada warga Wakaf Mempelam.

“PPD berharap sumbangan bola ini sebagai jambatan menghubung PPD dengan anak muda di luar sana, merapatkan silaturrahim antara wakil rakyat dengan orang muda,

“yang rata rata bila (waktu) petang akan berkumpul untuk bermain bola,”ujarnya ketika ditemui di Kampung Teluk Paku, di sini.

Pada pertemuan itu, PPD menyampaikan sumbangan bola sepak dan bola takraw kepada pemuda kampung terbabit sebagai galakan untuk mereka bergiat dalam sukan.

Wakil kepada pemuda kampun tersebut, Mahadi Awang, mengucapkan terima kasih atas keprihatinan dan cakna pihak Yang Berhormat serta PPD.

“saya berterima kasih kerana YB dan Pemuda PAS turun memberi bola kepada kami, walaupun hanya sebiji kami sangat berterima kasih,”katanya.

Rakan beliau, Tengku Nazri Tengku Ahmad, juga melahirkan rasa syukur menerima bola takraw yang memang menjadi sebab kepada beliau untuk menghidupkan permainan rakyat itu.

“Kita tak main takraw, tapi bila ada bola (yang diberi YB) kena hidupkan balik permainan tradisi ini,”katanya sambil tersenyum.

Turut mengiringi Haji Wahid ialah Ketua Penerangan dan Hubungan Media PAS Kuala Terengganu, Haji Ahmad Amzad Hashim.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️