NegeriTerengganu

Kerajaan Perlu Berhemah, Belanja Berasaskan ‘Rabbani’

KUALA TERENGGANU – Ahli Dewan Undangan Negeri Alor Limbat Ariffin Deraman nenberi peruingatan kepada Menteri Besar dan kerajaan negeri Terengganu agar berhemah, tidak kedekut dan tidak boros, dalam berbelanja.

“Kerajaan negeri mengambil perhatian atau berhati-hati dalam perbelanjaan, hasil kita 88.7% adalah dari Dana Khas, hanya 11.37% hasil benar-benar yang dikutip dalam negeri,

“saya mencadangkan supaya kerajaan berhemah untuk masa akan datang, mencontohi Brunei yang lebih kaya dan lebih baik ekonominya, telah tujuh tahun mencari sumber-sumber lain bagi menggantikan Petroleum,”ujarnya.

Pengarah Pilihan Raya PAS negeri Terengganu itu berkata demikian ketika membahaskan pembentangan Belanjawan 2016 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selasa 1 Disember.

Beliau juga meminta semua pihak untuk bermuhasabah supaya belanjawan yang dibentang adalah merupakan bajet yang seimbang duniawi dan ukhrawi.

“kita mesti ingat……….belanjawan tidak terhenti dengan agihan pendapatan sahaja, (ia mesti) bertolak dari tanggungjawab Rabbani dengan tiga asas; taqwa, qanaah dan barokah,

“bebas dosa dan tidak mencetuskan murka Allah seperti rasuah, pecah amanah, penipuan dan sebagainya (yang mana) dosa dalam ekonomi menggelapkan masa depan negeri,”jelasnya.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu telah membentang bajet defisit mengumumkan peruntukkan sebanyak RM2.103 bilion bagi Bajet 2016.

Anggaran hasil yang diperoleh kerajaan pada 2016 adalah sebanyak RM2.02 bilion berbanding RM2.4 bilion pada 2015 iaitu pengurangan sebanyak RM15.33 peratus atau RM380 juta.

Klik Untuk Dengar UcapanYB Alor Limbat:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️