Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS Terengganu Kemalangan
Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS negeri Terengganu Mohd Al-Ghazali Abu Bakar mengucapkan syukur kepada Allah kerana beliau selamat dan tidak mengalami sebafang kecederaan.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) bersama keluarganya mengalami kemalangan jalan raya sekembalinya dari menghadiri mesyuarat sayap PAS itu di Baling.
“Balik dari mesyuarat DPPM di Baling menuju ke Raub untuk menghantar anak-anak balik kampung, satu kejqdian yang tidak diingini berlaku,
“Terlanggar lembu yang enak-enak santai di atas jalan di Sungai Koyan,”ujar beliau dalam laman sosialnya, kira-kira jam 2 pagi tadi.
Menurut beliau, kereta Proton Exora yang dipandunya rosak teruk dan tidak dapat bergerak.
Namun begitu, kata beliau, keluarga isterinya sudah dihubungi dan dalam perjalanan untuk mengambil beliau.
Oleh itu, beliau menasihati semua rakan-rakan yang menjadi pengguna jalan raya pada musim ‘sibuk’ cuyi sekolah ini agar berhati-hati.
“Musim cuti sekolah dan musim tengkujuh…….malang tak berbau……harap semua rakan-rakan berhati-hati memandu,”katanya