NegeriTerengganu

Tunjukkan Keindahan Islam

Oleh : Azizah Mahmood

KUALA TERENGGANU – Malapetaka yang datang tidak mengira agama dan bangsa, namun setiap mangsa musibah memerlukan sentuhan kecaknaan.

Di saat keluarga di timpa kesukaran mengharapkam pertolongan dan huluran sumbangan daripada keprihatinan semua pihak.

Atas rasa cakna, Lajnah Dakwah dan kesenian Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Terengganu yang di pimpin oleh Puan Hajjah Wan Fatimah Wan Abdullah telah menyantuni seorang mangsa kebakaran di Kampung Tanjung dekat sini.

Beliau yang berbangsa Tionghua, lebih mesra dengan panggil ‘Untie Irene’ dan anaknya May May menerima kunjungan PAS dengan baik.

Keluarga Untie Irene begitu terharu menyambut kunjungan lima orang pemimpin Lajnah Dakwah tersebut.

“Terima kasih banyak-banyak sebab datang bagi sumbangan…….saya sangat terharu, ” ujar Puan Irene ketika menerima sumbangan yang diberikan kepadanya.

Kebakaran yang berlaku pada 9hb November lalu menyebabkan lapan buah kedai dan empat buah rumah musnah sama sekali.

May May juga begitu gembira dan teruja menyambut kunjungan Lajnah Dakwah yang bersedia menantj kedatangan tetamunya dengan memakai pakaian baju kurung.

Puan Hajjah Wan Fatimah berkata, PAS tidak membezakan warna kulit dan latar belakang individu atau kelompok untuk memberikan sebarang sumbangan kerana PAS adalah parti untuk semua.

“kita merasakan ini adalah juga tanggungjawab Lajnah Dakwah kerana inilah waktunya untuk kita menunjukkan bahawa agama Islam itu indah,

“kerana itu kita berkongsi kesusahan tak kira bangsa dan agama, mudah mudahan dengan kunjungan ini bangsa lain akan tertarik untuk bersama Islam,”jelasnya.

Beliau di temani oleh Setiausaha Lajnah Puan Zulaikha dan beberapa orang Ahli Jawtankuasa Muslimat PAS DUN Bandar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️