NegeriTerengganu

Lebih 3,000 Pemuda Dijangka Sertai HIMPIT, Jambori Amal

KUALA TERENGGANU – Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT) 2015 dijangka lebih meriah aopabila program tahunan Pemuda PAS Terengganu itu akan diadakan bersekali dengan Jambori Unit Amal pada 8 hingga 10hb Oktober, di Kampung Air Tawar, Besut.

Ketua Pemuda PAS Terengganu Ustaz Kamarzuman Abdullah berkata, kemuncak HIMPIT 2015 adalah perasmian oleh tokoh dan ikon anak muda, YB Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Aiz.

“Himpit yang merupakan program tahunan, biasanya kita buat pada 31hb Ogos, kita tunda atas sebab-sebab tertentu. In sha Allah (akan diadakan) pada bulan Oktober,

“Kita berhimpun (sekali) dengan Jambori Amal, Jambori Amal berhimpun dulu (pada) 8hb, dan kemucaknya (YB Ustaz) Nik Abduh akan merasmikannya,”jelas beliau.

Katanya, tujuan HIMPIT dan Jambori Amal adalah untuk mengumpulkan semua pemuda di negeri Terengganu bagi mempersiapkan jentera mnghadapi pilihan raya umum kali ke-14 akan datang.

Menurutnya, tidak kurang daripada 3,000 orang para pemuda akan menyertai program HIMPIT pada tahun ini.

“tujuannya untuk kumpulkan pemuda-pemuda dan membuat gerak kerja untuk memerintah Teregganu. Dianggarkan paling kurang 3000 orang (akan berhimpun) di Besut, (di) kampung Air Tawar,”tambah beliau.

Mengulas tentang isu semasa, Kamaruzaman mengalu-alukan mana-mana pihak termasuk penubuhan apa yang dipanggil sebagai ‘Pakatan Harapan’ untuk bersama-sama PAS menjatuhkan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Namun begitu tegasnya, PAS ada prinsip sendiri sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Presidennya Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

“Baguslah Pakatan Harapan, dia nak lawan kerajaan. (Tapi) PAS ada prinsip sendiri, prinsip yang Tok Guru Presiden beritahu, kita (PAS) tidak akan bekerjasam dengan ‘pengkhianat’.

“Kita tetap (dengan) prinsip lawan kerajaan. Kita bersaing dengan orang yang inigin menjatuhkan kezaliman,”jelas beliau lagi.

Beliau berkata, DAP tidak menerima dasar PAS dan telah memutuskan hubungan dengan Presiden PAS yang bermakna memutuskan hubungan dengan PAS seluruhnya.

“dia memutuskan hubungan dengan Tuan Guru Presiden. Dia yang memutuskan, maknanya dia putus dengan ‘ayah’………… sama (lah juga putuskan hubungan) dengan anak.

“(tetapi) kita (PAS) dengan PKR masih ada Pakatan (Rakyat). Dia bersama kita, dia kena dengar prinsip kita. Kita (PAS) tak nak kita (PAS) yang jadi ‘makmum’,”tegas beliau.

https://youtu.be/zjW9YBIIgCQ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️