Muslimat Kuala Nerus Latih Penceramah Berani dan Berwibawa
KUALA NERUS – Dewan Muslimat PAS Terengganu khususnya di kawasan Kuala Nerus bertekad mempertahankan semua kerusi yang telah dimenangi di kawasan itu pada pada pilihan raya umum yang lalu.
Ketuanya, Ustazah Jamilah Jusoh berkata antara fokus Muslimat peringkat kawasan itu adalah melahirkan lebih ramai tenaga penceramah muslimat yang berani dan berwibawa.
“saya berharap selepas bengkel ini para peserta tidak (lagi) menyimpan bakat (mereka) yang ada (dan) untuk sentiasa mencari bahan dan peluang bagi memahirkan diri supaya tidak kekok,’ alah bisa tegal biasa’ (sekiranya) sentiasa acap menjadi pengerusi (majlis) ,
“(ia) merupakan satu kerugian jika tidak mengambil bahagian kerana ini juga merupakan separuh tugas menunaikan (tanggungjawab) sebagai pejuang,”jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Bengkel Pengendalian Majlis yang diadakan di Kompleks Tarbiah PAS Kuala Nerus (KOMTAQ) pada Khamis 1 Oktober.
Seramai hampir 60 orang peserta dari setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) telah hadir menyertai program yang dianjurkan oleh Lujnah Penenrangann dan Hubungan Media itu.
Menurutnya, objektif bengkel tersebut diadakan adalah melahirkan tenaga penceramah muslimat yang berupaya memberikan penerangan dengan lebih berkesan dan berfakta.“Walaupun ada yang dalam keadaan yang masih gugup tapi saya melihat bengkel berjalan lancar hingga keakhir,
“yang mana para peserta dibahagikan kepada tujuh kumpulan dan diberikan tajuk – tajuk yang tertentu untuk dibincang dan dipersembahkan,”ujarnya.