111 Guru PASTI KT Terima Sumbangan
KUALA TERENGGANU – Seramai 111 guru dan pembantu guru PASTI telah menerima sumbangan sempena Eidulfitri daripada Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Terengganu.
Ketuanya Mohd Azris Aris berkata program tersebut merupakan usaha kebajikan pemuda yang diadakan setiap tahun.
“Program yang diadakan saban tahun ini merupakan program yang bersifat kebajikan yang mana ianya sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan beban para cikgu,
“dalam menghadapi hari lebaran yang bakal tiba. Sumbangan yang diberikan termasuk wang tunai dan barangan keperluan harian,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan tersebut di Markaz Tarbiyah PAS Kuala Terengganu pada Sabtu 11 Julai.
Hadir sama dalam majlis sumbangan itu ialah Bendahari PAS Kuala Terengganu Ustaz Ahmad Kamal Ali dan Pengarah PASTI Kuala Terengganu, AlGhazali Abu Bakar.
Sehubungan itu, Bendahari PASTI Kuala Terengganu Zaim Azfar mengucapkan terima kasih kepada Pemuda dan semua pihak yang telah memberikan sokongan dan sumbangan kepadaPASTI.
“Program ini adalah satu tanda dari pihak Dewan Pemuda sebagai mengiktiraf jasa dan usaha yang telah disumbangkan oleh para guru PASTI dalam mendidik anak-anak,
“walaupun ianya tidak banyak, sekurang-kurangnya sumbangan ini sebagai usaha atau bukti penghargaan daripada Dewan Pemuda itu sendiri,”katanya.
Menurutnya, terdapat sebanyak 22 buah PASTI di dalam Kawasan Kuala Terengganu yang menampung kira-kira 1500 orang pelajar.