500 Bekas Bubur Lambuk Habis Dalam Masa Setengah Jam
MARANG – Sebanyak 500 bekas bubur lambuk telah diedarkan kepada orang ramai selepas solat Asar dan habis dalam masa kira-kira setengah jam sahaja.
Dua lokasi utama telah menjadi tempat agihan oleh 25 orang petugas Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong, iaitu di persimpangan lampu isyarat Masjid Bukit Payong dan juga di hadapan Pasar Kedai Buloh.
Menurut penyelaras program Ahmad Sahrizan Yahya, program ini adalah pertama kali diadakan bagi oleh Majlis Tindakan DUN dan tidak menyangka sambutan yang begitu menggalakkan dari orang ramai.
“Kita sediakan kira-kira 500 bekas bubur lambuk dan habis dalam masa 30 minit sahaja.
“Disamping mengagihkan bubur ini di tepi jalan, kita juga bergerak ke beberapa rumah orang-orang tua dan uzur untuk diberikan kepada mereka.
“Kita tak jangka sambutan yang sangat menggalakkan ini, alhamdulillah.
InsyaAlah selepas ini, kita akan berbincang bagi menjadikannya sebagai acara tetap MTD,” kata Sahrizan.
Pada kebiasaan dibulan Ramadan, sememangnya amalan memberi makanan berbuka puasa sebegini, masih menjadi tradisi di kebanyakan tempat di Terengganu.